Arkib untuk Mei, 2008

Jika sebelum ini saya ada menulis berkenaan kerajaan Singapura yang mengadakan pertandingan jimat elektrik, untuk pengetahuan anda, di negara Brunei Darussalam, Hari Tenaga diisytihar setiap 24 Mei.

 

Pengisytiharan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan dan Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ini adalah ke arah menyedarkan setiap rakyat dan penduduk negara tersebut betapa pentingnya cara penggunaan sumber tenaga  yang betul.

 

Di sini kita dapat lihat, walaupun negara Brunei kaya dengan sumber asli, mereka telah memainkan peranan untuk cuba menjimatkan penggunaan tenaga dengan cara kempen penggunaan secara cekap dan jimat.

 

Cerita Penuh Di Sini.

Seremban: Harian Metro melaporkan, seorang mangsa  melecur  70%  di badan manakala rakannya melecur di kedua tangan hingga ke siku akibat disambar api kereta yang terbakar. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Yusmaszee Yusof, 30, seorang mekanik, dalam perjalanan pulang ke rumah di Rahang selepas mengisi minyak Proton Tiaranya.

Bagaimanapun, di pertengahan jalan, mangsa mengesyaki keretanya mengalami kebocoran kerana terbau petrol dan berhenti untuk memeriksa. Secara kebetulan seorang rakan mangsa, Nor Diana Nor Halim, 25, yang menunggang motosikal melalui jalan itu dan singgah sebentar.

Jurucakap polis berkata, Nor Diana kemudiannya meminta kebenaran untuk duduk dalam kereta dan membuka radio. Secara tiba-tiba kereta itu disambar api dipercayai akibat masalah pendawaian wayar menyebabkan Nor Diana terperangkap di tempat duduk penumpang di depan kereta.

Berita penuh di Harian Metro

 

Sumber Gambar Hiasan: ElizabethWong

Apa yang saya utarakan di bawah mungkin ada kaitan dengan kejadian di atas, namun tak semestinya berkait. Saya juga pernah menulis berkaitan litar pintas di SINI.

Dengan bahasa yang mudah; dalam sistem pendawaian kereta (malah pendawaian domestik & industri), fius berfungsi sebagai pelindung kepada wayar / kabel dengan cara “terputus” atau “blow” atau “fused” apabila terdapat arus elektrik yang tinggi yang melampaui nilai fius tersebut. Contohnya, fius 5 Amp akan terputus apabila arus melebihi  5 Amp, lalu melindungi kabel dari terbakar.

Jadi, kesimpulan ringkas dari penerangan di atas:

1.    Jika fius didapati putus, kemungkinan besar terdapat litar pintas pada pendawaian,

2.    Jika berlaku litar pintas tetapi fius tidak putus,maka akan berlakulah kebakaran pada pendawaian, malah jika tidak disedari awal akan menyebabkan kebakaran pada kenderaan,

3.    Apabila fius putus, cuba gantikan dengan fius yang setara, jika masih putus juga, biar juruteknik  yang bertauliah periksa,

4.    Jangan tukar fius yang putus melebihi nilai yang asal kerana nilai yang lebih tinggi menyebabkan kabel tidak dilindungi lagi lalu menyebabkan kebakaran.

Kepada yang tidak pakar,ada pepatah berkenaan fius dalam ‘bahasa juruletrik’ yang berbunyi; 

“YOU GO UP, YOU BLOW UP”.

 

Islamabad: Kabinet Pakistan pada 14 Mei 2008 telah mengumumkan pelan kontrovesi bagi membendung krisis kekurangan bekalan elektrik di negara tersebut. Langkah utama ialah dengan mempercepatkan waktu (jam) sebanyak 1 jam dan mengarahkan penutupan pusat-pusat perniagaan pada pukul 9 malam.

Menteri bertanggungjawab, Pervaiz Ashraf (Menteri Tenaga & Air) berkata, pelan tersebut akan menjimatkan 500 megawatt elektrik. Beliau juga berharap masalah yang dihadapi akan dapat diatasi dalam masa setahun dengan cara menambah 1200 megawatt elektrik melalui penswastaan penjanaan tenaga dan rundingan untuk mengimport 1100 megawatt dengan Iran.

Ringkasan pelan penjimatan yang dirangka:

1. Semua pusat-pusat perniagaan, pusat beli-belah ditutup pukul 9 malam

2. Mempraktikkan amalam Daylight Saving bermula Jun 2008

3. Tiada peruntukan elektrik untuk menyalakan papan tanda termasuk papan tanda neon

4. Munutup penghawa dingin di semua pejabat kerajaan termasuk pejabat perdana menteri dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi

5. Menyalakan hanya 50% dari keseluruhan lampu jalan

6. 200 megawatt elektrik yang dihasilkan oleh janakuasa kapal laut disalurkan ke Karachi

7. Memasang 1 juta biji mentol jimat tenaga ke seluruh Negara

8. Menubuhkan jawatankuasa pemantau bagi mengesan kebocoran elektrik

Hmmmm….. Rasanya boleh buat di Malaysia tak? Fikir-fikirkanlah!

Bateri Lemon

 

Membina sebuah bateri dari lemon adalah satu eksperimen biasa yang boleh didapati kebanyakan buku teks sains. Ianya nyata bukanlah mudah bagi yang tidak pro.

Eksperimen ini memerlukan  2 jenis logam yang direndam dalam larutan berasid, di mana tembaga (copper) dan zink (zinc) boleh digunakan manakala kandungan asid sitrik (citrc acid) pada lemon digunakan sebagai larutan berasid.

Bateri yang dihasilkan melalui eksperimen ini tidak mungkin dapat menyalakan mentol lampu atau menggerakkan motor, namun ia berupaya menghasilkan nyalaan malap LED (Light Emitting Diode).                                                                                                                             

Gambar di atas menunjukkan asas Bateri Lemon yang terdiri daripada sebiji lemon, sekeping syiling tembaga dan paku bersalut zink.

Eksperimen Bateri Lemon

Cucukkan sekeping syiling tembaga ke satu bahagian lemon dan paku ke satu bahagian yang lain. Pastikan kedua-duanya tidak bersentuh.

Ini adalah gambaran bateri satu sel. Paku dan syiling dipanggil elektrod manakala jus lemon dipanggil elektrolit. (selanjutnya…)

Sumber: BERNAMA, NEA Singapura

Singapura, dalam usaha menangani masalah harga minyak yang semakin melonjak, telah melancarkan satu pertandingan yang dinamakan 10% Energy Challenge buat seluruh penduduknya, dalam usaha menurunkan kadar penggunaan tenaga elektrik sebanyak 10 peratus, dan pemenang akan memperolehi hadiah berupa kereta hibrid yang jimat penggunaan minyaknya.
Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) Singapura yang menerajui usaha menggalakkan penggunaan tenaga secara efisien itu kini mencabar semua 1.12 juta isi rumah di seluruh Singapura untuk mengurangkan bil penggunaan elektrik dalam pertandingan itu.

NEA dalam satu kenyataan berkata pertandingan yang pertama kali seumpamanya diadakan itu disasarkan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk bandar raya pulau itu mengenai penjimatan tenaga, dan memupuk gaya hidup yang menggunakan tenaga elektirk secara efisien dalam kehidupan harian mereka.

Kempen itu akan membolehkan orang ramai menyumbang ke arah membantu usaha Singapura dalam menangani masalah perubahan iklim, menurut kenyataan itu.

Pertandingan itu memerlukan orang ramai mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di kediaman masing-masing sebanyak 10 peratus antara Mei dan Ogos ini, untuk memberikan mereka peluang memenangi kereta hibrid berkenaan, dan juga lain-lain hadiah seperti peti sejuk yang jimat tenaga, pendingin hawa, televisyen LCD dan produk-produk lampu, menerusi cabutan bertuah.

(selanjutnya…)