Archive for the ‘Belajar Elektrik’ Category

Sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal berumah di tepi pantai, tapi kalau dah buat rumah tepi pantai tu, kenalah lebih berhati-hati dan bersedia akan apa jua kemungkinan. Kalau dah ditakdirkan berlaku juga tragedi, redha je la…..

Sambil-sambil tu, cuba fikirkan apa yang sebenarnya berlaku….

Sumber Video: Fikri Fick @ Chargeman Group

Sumber: Corn Nizamenho @ Chargeman Group

Masih terdapat kekosongan jawatan di sebuah kompleks pejabat di Petaling Jaya sebagai Chargeman BO.

Chargeman BO (Penjaga Jentera Kelas BO)

Kelayakan:
1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera BO dari ST/JBE sekurang-kurangnya setahun
2. Berpengalaman kerja dalam penyelenggaraan bangunan sekurang-kurangnya 5 tahun
3. Boleh bekerja dengan pengawasan minimum
4. Berpengetahuan sistem cegah kebakaran (Addressable) dan penghawa dingin /multi task
5. Boleh menyelia sekumpulan juruteknik
6. A team player, reliable and positive attitude
7. Kreatif / boleh menyelesaikan masalah
8. Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen yang sah
9. Berpengetahuan komputer (MS Office) atau berpengalaman dalam pengurusan Maintenance Department satu kelebihan.

Berminat, fax resume anda  kepada:-

The Operations Manager
LCS Joint Management Body
338, Block A2, Pusat Dagang Setia Jaya,
No. 9, Jalan PJS 8/9,
46150 Petaling Jaya.
Tel: 03-7873 5800
Fax: 03-7877 5553

Boleh juga emel permohonan kepada  lcs_bm@yahoo.com

Tak tau nak kata apa….. korang kata lah dalam hati masing-masing…

Cara salah pemasangan pengatur kelajuan kipas

Kalau ikut sumber dari emel, jenis kipas, bentuk siling, boleh dikatakan lokasi ‘kejadian’ ni di Malaysia, cuma pengirim emel tu kata; “done by wireman from bangla”. Lepas tu dia kata; “Ha ha haaaaaaaaaaaa… sakit perut , gelak”…..

Aku lak kata, hanya Orang Kompeten Mengenal Elektrik, jadi benda-benda elektrik ni bagi la kat yang pakar iaitu Orang Kompeten Elektrik!

Ramai orang tahu elektrik telah banyak membantu dalam kehidupan kita tapi ramai yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu bahaya elektrik.

Jika kita lihat di stesen-stesen  dan landasan komuter di Malaysia, masih ramai yang tidak mengendahkan larangan-larangan keselamatan. Berikut adalah video orang yang agak “kureng” “bermain” elektrik di stesen komuter di Negara Pasir Berdengung…..

Bak kata si Ceplos di TV9, renung-renungkan…..