Posts Tagged ‘Litar Pintas’

Sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal berumah di tepi pantai, tapi kalau dah buat rumah tepi pantai tu, kenalah lebih berhati-hati dan bersedia akan apa jua kemungkinan. Kalau dah ditakdirkan berlaku juga tragedi, redha je la…..

Sambil-sambil tu, cuba fikirkan apa yang sebenarnya berlaku….

Sumber Video: Fikri Fick @ Chargeman Group

Ramai orang tahu elektrik telah banyak membantu dalam kehidupan kita tapi ramai yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu bahaya elektrik.

Jika kita lihat di stesen-stesen  dan landasan komuter di Malaysia, masih ramai yang tidak mengendahkan larangan-larangan keselamatan. Berikut adalah video orang yang agak “kureng” “bermain” elektrik di stesen komuter di Negara Pasir Berdengung…..

Bak kata si Ceplos di TV9, renung-renungkan…..

Seremban: Harian Metro melaporkan, seorang mangsa  melecur  70%  di badan manakala rakannya melecur di kedua tangan hingga ke siku akibat disambar api kereta yang terbakar. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Yusmaszee Yusof, 30, seorang mekanik, dalam perjalanan pulang ke rumah di Rahang selepas mengisi minyak Proton Tiaranya.

Bagaimanapun, di pertengahan jalan, mangsa mengesyaki keretanya mengalami kebocoran kerana terbau petrol dan berhenti untuk memeriksa. Secara kebetulan seorang rakan mangsa, Nor Diana Nor Halim, 25, yang menunggang motosikal melalui jalan itu dan singgah sebentar.

Jurucakap polis berkata, Nor Diana kemudiannya meminta kebenaran untuk duduk dalam kereta dan membuka radio. Secara tiba-tiba kereta itu disambar api dipercayai akibat masalah pendawaian wayar menyebabkan Nor Diana terperangkap di tempat duduk penumpang di depan kereta.

Berita penuh di Harian Metro

 

Sumber Gambar Hiasan: ElizabethWong

Apa yang saya utarakan di bawah mungkin ada kaitan dengan kejadian di atas, namun tak semestinya berkait. Saya juga pernah menulis berkaitan litar pintas di SINI.

Dengan bahasa yang mudah; dalam sistem pendawaian kereta (malah pendawaian domestik & industri), fius berfungsi sebagai pelindung kepada wayar / kabel dengan cara “terputus” atau “blow” atau “fused” apabila terdapat arus elektrik yang tinggi yang melampaui nilai fius tersebut. Contohnya, fius 5 Amp akan terputus apabila arus melebihi  5 Amp, lalu melindungi kabel dari terbakar.

Jadi, kesimpulan ringkas dari penerangan di atas:

1.    Jika fius didapati putus, kemungkinan besar terdapat litar pintas pada pendawaian,

2.    Jika berlaku litar pintas tetapi fius tidak putus,maka akan berlakulah kebakaran pada pendawaian, malah jika tidak disedari awal akan menyebabkan kebakaran pada kenderaan,

3.    Apabila fius putus, cuba gantikan dengan fius yang setara, jika masih putus juga, biar juruteknik  yang bertauliah periksa,

4.    Jangan tukar fius yang putus melebihi nilai yang asal kerana nilai yang lebih tinggi menyebabkan kabel tidak dilindungi lagi lalu menyebabkan kebakaran.

Kepada yang tidak pakar,ada pepatah berkenaan fius dalam ‘bahasa juruletrik’ yang berbunyi; 

“YOU GO UP, YOU BLOW UP”.

 

Awal pagi tadi, +- pukul 1.50 pagi, berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat susur keluar ke Pandan Jaya/Cempaka. Apa pula kaitan kemalangan di MRR2 dengan blog elektrik ni?

Klik SINI untuk baca artikel penuh…