Kekosongan Jawatan Chargeman BO (Penjaga Jentera Kelas BO)

Posted: 22 Februari 2010 in Elektrik

Terdapat kekosongan jawatan di sebuah kompleks pejabat di Petaling Jaya sebagai Chargeman BO.

Chargeman BO (Penjaga Jentera Kelas BO)

Kelayakan:
1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera BO dari ST/JBE sekurang-kurangnya setahun
2. Berpengalaman kerja dalam penyelenggaraan bangunan sekurang-kurangnya 5 tahun
3. Boleh bekerja dengan pengawasan minimum
4. Berpengetahuan sistem cegah kebakaran (Addressable) dan penghawa dingin /multi task
5. Boleh menyelia sekumpulan juruteknik
6. A team player, reliable and positive attitude
7. Kreatif / boleh menyelesaikan masalah
8. Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen yang sah
9. Berpengetahuan komputer (MS Office) atau berpengalaman dalam pengurusan Maintenance Department satu kelebihan.

Berminat, fax resume anda sebelum 5 Februari 2010 kepada:-

The Operations Manager
LCS Joint Management Body
338, Block A2, Pusat Dagang Setia Jaya,
No. 9, Jalan PJS 8/9,
46150 Petaling Jaya.
Tel: 03-7873 5800
Fax: 03-7877 5553

Boleh juga emel permohonan kepada saiful.jhr@gmail.com  .

Sila nyatakan gaji sekarang & gaji yang dipohon.

Komen-komen
  1. ALI RUSTAM56 berkata:

    aku seru kepada anak anak dan adik adik. janganlah ambil kursus electrik sebaliknya ambillah kursus otomotif mekanik kereta.. kerana peluang pekerjaan banyak. dan suatu hari nanti adik adik dapat bukak bengkel sendiri.. dancerah masa depanmu.. janganlah diambil kursus electric kerana wayerman dan chargeman bersepah..sampai ada yang menganggur, mengemis cari kerja macam abang ni ada chargeman pun tak dapat kerja kerana persaingan sengit… sedih rasanya anak ramai kerja tak ada… inilah kesilapan dasar kerajaan yang hanya tumpukan kursus electrik sahaja hingga anak melayu hampir semua kursus electric sahaja..sekarang chargeman dan wayerman bersepah…satu dasar dan perangcangan yang bodoh..dasar bodoh…

  2. ALI RUSTAM56 berkata:

    Adik adikku yang dikasihi.. yang kosong chargeman hanya satu.. tapiyang pergi interview beribu.. chargeman sekarang bersepah… keluaran yang ramai dari IKBN,ILP,IKM, SWASTA INTITUT DAN LAIN LAIN..sebaliknya kereta yang bertam bah dlam sebulan beribu dan perlukan pomennya.. berbanding kilang dalam setahun nak nak nik satu pun payah terutamanya dipantai timur.. kalau adapun kilang yg baru siap dibina nak pakai chargeman pun tak sampai 3 atau 4 orang…FIKIRKANLAH BANGSAKU DAN ADIK ADIKKU.. AMBILLAH KURSUS MEKANIK KERETA TERJAMIN MASA DEPANMU….

  3. ALI RUSTAM56 berkata:

    Adik adikku yang dikasihi.. yang kosong chargeman hanya satu.. tapi yang pergi interview beribu.. chargeman sekarang bersepah… keluaran yang ramai dari IKBN,ILP,IKM, SWASTA INTITUT DAN LAIN LAIN..sebaliknya kereta yang bertambah dalam sebulan beribu dan perlukan pomennya.. berbanding kilang dalam setahun nak naik satu pun payah terutamanya dipantai timur.. kalau adapun kilang yg baru siap dibina nak pakai chargeman pun tak sampai 3 atau 4 orang…FIKIRKANLAH BANGSAKU DAN ADIK ADIKKU.. AMBILLAH KURSUS MEKANIK KERETA, WELDING KE(boleh buat workshop sendiri)terima tempahan grill/pagar kayu antik) atau kursus PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN..TERJAMIN MASA DEPANMU……

  4. ezzadin abas berkata:

    bukan sbab ramai tapi sbab demand…..jgn susah hati klu ada A1 atau BO cuba cari saya boleh kita bawa berunding 019 6209937

  5. Reysston berkata:

    Saya berminat nak belajar membaiki kendaraan.

  6. Tanpa Nama berkata:

    kat pantai timur ape kerja pun susah bro xbyk industri, jgn nak salahkan kos chargeman aku kerja chargeman dkat 10thn dah kat kl dah byk kompeni dah aku lompat tukar kerja xder masaalah pon, klu x cari keje camne nak dpt keje bro lagi 1 masaalahnya ramai ada AO tapi mintak gaji melampau tinggi mane la kompeni nak bagi sedangkan yg betul2 ada harga BO ke atas

  7. azizan berkata:

    silap tu. jangan salah kan kerja. kalau dah ada sijil tapi berkelakuan. keterampilan.imej dan sebagainya hodoh semasa temuduga ada phd pun gulung tikar. kalau nak certia pasal bengkel berapa kerat sangat org melayu bukak bengkel kereta. kalau tengok rumah kedai ramai bangsa asing yg berjaya. yg menjadi kalau ubahsuai kereta laju macam pelesit ade lah . lepas tu gi beli kereta potong up grad padahal kalau kereta dah bangkai kereta buat apa pun macam tu jugak le.

    sijil apa pun tetap bernilai jika.
    1. padai promosi diri dari sijil yg kita miliki
    2. bijak intai peluang.
    3. mempunyai persiapan yg cukup utk temuduga. wawapan. ilmu

    dan sebagainya….

  8. chargeman BO berkata:

    minta maaf lee.mana ada pelabur nak melabur kat pantai timur,pengalaman saya la semasa temuduga calon dari pantai timur..sikap org pantai timur terlampau demand,kerja ikut suka hati dia sendiri(undang2 sendiri)i, tak nak beralah,terutama cuti raya dan bila kerja shift,kenapa org dari negeri lain boleh tolak ansur?..satu lagi tak boleh ditegur bila buat salah,balik kerja nak belasah superior.Ini bukan rekaan,dah banyak saya buat rujukan saya buat dengan rakan2 sama ada dlm bidang teknikal mahu pun pengurusan(swasta & kerajaan), pun mengalami masalah atau situasi serupa dgn org pantai timur.Terlampau sedikit yang sikapnya memang bagus,susah nak jumpa.Pengalaman saya bekerja dlm elektrik & pengurusan selama 17 tahun hanya 4 org yg saya jumpa memang bagus.Cuba kaji,ada tak org dari negeri lain dari pantai timur yg bekerja kat pantai timur?,kalau ada pun cuma staf telekom,syarikat oil & gas yg memang terkenal dan byk cawangan bukan saja dlm malaysia malah dunia.

  9. […] View the original article here Posted in Alat Penjimatan Elektrik | Tags: Chargeman, Jawatan, Jentera, Kekosongan, Kelas, Penjaga « Basic Refrigeration Cycle […]

  10. Tanpa Nama berkata:

    sape kate kursus elektrik ramai yg mengangor.. aq abis2 blajar je besepah syarikat yg menawarkan keje terutama kursus chargeman..lagi ramai syarikat nk..kt syarikat tempat aq keje ni pon. nk 10 org wayeman n chargeman.. aq keje cni mengunakan kelayakkan diploma penjaga jentera elektrik a4 + bo..gaji aq skrg ni 8500..blom kawen umur bru 24tahun..sape2 yg ambek kursus mekanik kereta,x pyh la.. gaji low gle..nk bukak bengkel sendiri modal mmg byk.. renung2 kan la..

  11. Tanpa Nama berkata:

    salam sume
    sekarang ni chargeman bo yang ada harga.lagi satu,lepasan institut sekarang tak macam dulu

  12. Man jawa berkata:

    Nk mtak pndapat skit bro2 sane,,, saye bru lpasan spm ,, nk amik bidang chageman,, agk2 ok x??

  13. Tanpa Nama berkata:

    Salam,en boleh update bila ade kursus BO lagi utk tahun 2015

Tinggalkan komen