Arkib untuk Jun, 2008

Malaysia sudah pun terlibat dalam teknologi ini sejak lebih dari 10 tahun. Pihak TNB menerusi agensinya, TNRD telah membuat kajian dan mencuba dibeberapa tempat seperti di Kuarters kakitangan dan komuniti luar bandar. Beberapa pakar dari universiti tempatan juga dalam masa yang sama membuat R&D masing-masing.

Solar panel biasanya merujuk kepada sistem solar water heater (seperti yang dipasang di bumbung-bumbung rumah). Solar module biasanya merujuk kepada sistem solar photovoltaic (PV). Ianya dipanggil module sebab sistem ini adalah modular (boleh dipasang mengikut kapasiti yang dikehendaki samada secara siri atau selari bergantung dengan konfigurasi sistem).

Secara purata hasil dari kajian R&D tempatan, Energy Yield adalah 1,200 kWh/kWpeak/year. Maksudnya, setiap 1 kWpeak solar PV akan menjana 1,200kWh tenaga elektrik setahun. Sekiranya anda menggunakan tenaga 400kWh/month (12 * 400 = 4800 kWh/year), maka kapasiti yang diperlukan ialah (4800/1200) = 4 kWp.

Solar panel sistem pula terdiri kepada 2 jenis, Storage sistem dan juga Grid Connected.

Storage system biasanya mempunyai bateri untuk menyimpan tenaga yang dijana pada waktu siang dan diguna pada waktu malam (juga sebahagian di siang hari). Sistem ini juga biasanya digabung dengan beberapa sumber tenaga seperti janakuasa diesel atau kincir angin atau kedua-dua sekali, yang mana juga dinamakan Solar Hibrid.

Sistem ini telahpun dipasang di beberapa komuniti pedalaman dan juga kini sedang dalam proses dipasang di sekolah-sekolah luar bandar di Sabah & Sarawak yang mana jauh dari grid bekalan elektrik. Pulau-pulau peranginan di Semenanjung Malaysia juga tidak ketinggalan seperti di Pulau Perhentian (Hibrid Solar+Diesel+ angin), Pulau kapas, etc. (selanjutnya…)

Sejak 175 tahun kereta elektrik dicipta

Kenaikan harga bahan api kebelakangan ini, kembali mempopularkan kereta berkuasa elektrik hinggakan pengeluar kereta seluruh dunia berlumba-lumba mempercepat R & D bagi menghasilkan kereta elektrik yang efisyen tetapi mampu milik. Namun bukan ini yang saya ingin ulas sebenarnya. Kali ini saya tulis berkenaan sejarah kereta elektrik.

Pengenalan

Kereta elektrik pertama berada di jalanraya pada tahun 1830-an, 30 tahun sebelum Perang Saudara Amerika malah ianya lebih popular ketika itu. Pada tahun 1900, dari 4912 kereta yang dihasilkan, 28% adalah kereta elektrik dan pada tahun 1903, penjualan kereta berkuasa elektrik mengatasi kereta berkuasa gasolin, mewakili 1/3 dari jumlah kereta yang berada di jalan-jalan di New York, Boston dan Chicago.

Apa yang menyebabkan kereta elektrik popular? Secara asasnya, penyebab kejayaannya adalah seperti apa yang orang zaman sekarang fikirkan berkenaan kereta elektrik pada hari ini; ia lebih senyap, mudah dipandu dan yang lebih penting tidak menghasilkan bau atau gas berbahaya.

(selanjutnya…)

Kenapa saya tulis berkenaan petrol sedangkan blog ni blog elektrik? Sebab, dalam sesebuah kenderaan ada banyak peralatan elektrik, cth: radio, penghawa dingin, lampu dll, jadi lebih banyak peralatan elektrik anda guna, lebih kuat enjin bekerja dan lebih banyaklah petrol digunakan.

Minggu lepas, saya terima satu e-mail yang di “forward”kan kawan punya kawan punya kawan punya kawan…………….berkenaan tips mengisi petrol di mana kita boleh dapat nilai sebenar (liter petrol) yang kita bayar (RM) di pam minyak. Oleh kerana e-mail tersebut dalam bahasa inggeris, saya terus copy di bawah dan anda baca, terjemah dan fahamkan sendiri. Asasnya, saya terjemahkan seperti berikut;

Penjelasannya amat mudah dan yang saya fahami ialah;

Isikan petrol ke kereta/motosikal anda pada awal pagi.
Sebab: Pada suhu yang rendah petrol tidak mudah meruap, jadi anda dapat hampir jumlah liter petrol yang anda bayar.

Isikan petrol ke tangki secara perlahan
Sebab: Pada pam minyak, biasanya ada tiga tahap kelajuan pam, gunakan yang paling rendah dan anda boleh mengurangkan kadar kemeruapan petrol.

Isi petrol ketika tangki kenderaan separuh penuh
Sebab: Lebih banyak ruang udara dalam tangki petrol anda, lebih mudah petrol meruap.

Jangan isi petrol jika anda dapati terdapat lori tangki sedang menambah simpanan petrol di stesen tersebut.
Sebab: Kemungkinan besar ketika mereka sedang menambah stok, keladak akan terapung dan jika ketika itu anda mengepam petrol, keladak tersebut akan termasuk sekali ke tangki kenderaan anda!

Tips on Filling your Vehicles…
 
This is a Message received from a friend: (selanjutnya…)

Jika sebelum ini saya pernah tulis berkenaan pertandingan jimat elektrik di Singapura, cerita kali ni pula di Texas, Amerika Syarikat.

Syarikat pembekal utiliti, TXU Energy telah melancarkan TXU Energy Power Saver Challenge iaitu satu rancangan realiti yang unik terbuka kepada penduduk Texas. Pertandingan ini direka sebegitu rupa bagi menggalakkan penduduk Texas menyedari dan berkongsi cara-cara baru menguruskan dan menjimat penggunaan dan kos elektrik. Di samping mendapatkan pengetahuan, hadiah-hadiah menarik disediakan.

Tiga peserta akhir akan diadili dengan cara undian di laman web dan oleh pakar tenaga untuk hadiah utama berupa US$ 30 000.00. Hadiah bagi 15 peserta separuh akhir ialah US$ 5 000.00.

Sekali lagi,

p/s: Kalaulah…. TNB boleh salurkan sikit keuntungan taja pertandingan macam ni……

Kalaulah……..

p/p/s: Tarif elektrik baru mulai Julai 2008

Sumber asal: www.gotxu.com/powersaverchallenge

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini di SINI, sah tarif elektrik naik bermula Julai ini. Jadi, kenyataan pak-pak menteri pada mac & april di SINI memang omong-omong kosong!

Walaubagaimanapun, pengguna yang guna elektrik sehingga/tak lebih 200kWj/sebulan tidak terkesan.  Jadi, sekiranya penggunaan elektrik anda adalah setakat 200kWj, anda ‘hanya perlu’ bayar    RM 43.60.

Jika anda ada sekurang-kurangnya 1 penghawa dingin di rumah, yang dipasang sekurang-kurangnya waktu malam, dah tentunya kadar penggunaan elektrik akan melebihi 200kWj!

Jadual di bawah adalah tarif untuk Pengguna Kediaman” bererti pengguna yang menduduki rumah kediaman, yang tidak digunakan sebagai hotel, rumah penginapan atau untuk sebarang bentuk perniagaan, perdagangan, aktiviti profesional atau perkhidmatan. 

 

KATEGORI TARIF

UNIT

KADAR

 

 

 

 

1.

Tarif A – Tarif Kediaman

 

 

 

Bagi Jumlah Pengunaan di antara 0-400 kWj/sebulan

 

 

 

200 kWj pertama (1 – 200 kWj) sebulan

sen/kWj

21.80

 

200 kWj berikutnya (201 – 400 kWj) sebulan

sen/kWj

34.50

 

Caj minimum bulanan ialah RM3.00

 

 

 

 

 

 

 

Bagi Jumlah Penggunaan melebihi 400 kWj/sebulan

 

 

 

500 kWj pertama (1-500 kWj) sebulan

sen/kWj

30.00

 

100 kWj berikutnya (501- 600 kWj) sebulan

sen/kWj

39.00

 

100 kWj berikutnya (601- 700 kWj) sebulan

sen/kWj

40.00

 

100 kWj berikutnya (701- 800 kWj) sebulan

sen/kWj

41.00

 

100 kWj berikutnya (801- 900 kWj) sebulan

sen/kWj

43.00

 

Setiap kWj berikutnya (901 kWj ke atas) sebulan

sen/kWj

46.00

 

Caj minimum bulanan ialah is RM3.00

 

 

Untuk tarif lain, klik salah satu di bawah (Web TNB);

Domestik 

Perdagangan

Perindustrian

Perlombongan

Lampu Awam

Jimat Elektrik!