Arkib untuk April, 2008

Saudara Fizri pada 24-4-08 telah mengutarakan permintaan gambar turbin janakuasa hidro. Setelah menggoogle, berikut dilampirkan gambar yang telah disunting; dua bentuk turbin hidro dan gambar kecil ialah propeller / kipas turbin.

 

Berikut pula adalah gambarajah ringkas sistem janakuasa hidro.

Gambar-gambar di atas menggambarkan persoalan tajuk entri ini. Ada banyak lagi yang tak dapat di muat-naik di sini meliputi banyak kawasan di seluruh negara.

 

Blog ini tentang elektrik, apahal pula cerita pasal politik? Cuba lihat dengan teliti, bahan kempen tu digantung pada TIANG ELEKTRIK! Di tempat aku kerja! Boss aku pula bising-bising suruh tanggalkan!

Orang lain sedap-sedap dapat upah gantung, kami pula yang kena turunkan? Sampai sekarang aku biarkan… Hu…hu….hu…

 

Lain-lain korang fikir-fikirkanlah sendiri…

Sumber: Berita Harian

PUTRAJAYA: Satu usaha sama antara pengeluar kabel dasar laut Jepun dan Itali, merancang untuk membina sebuah kilang di Sarawak untuk memenuhi keperluan pasaran-pasaran Timur Tengah dan serantau, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, hari ini.Beliau tidak menamakan syarikat itu tetapi berkata, butiran terperinci mengenainya sedang diusahakan dan selepas itu kelulusan kerajaan akan diperoleh.

Kabel Dasar Laut

Gambar Hiasan: Kabel Dasar Laut

Klik SINI untuk baca artikel penuh…

Sumber: Harian Metro

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
 

 

HULU LANGAT: Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) tidak menyangka tongkat yang digunakan ketika memanjat gunung hampir meragut nyawanya apabila ‘tongkat maut’ itu dipercayai menjadi punca dia terkena panahan petir, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Abdul Mujahid Abdul Hadi, 21, menggelupur kesakitan sebaik kilat yang membawa aliran elektrik ribuan voltan menyambar tongkat aluminium dipegang sebelum merebak ke tubuhnya.

Difahamkan mangsa dari bahagian perubatan JPA3 Wilayah Persekutuan ketika itu mengiringi 27 pelajar sekolah mendaki lokasi Puncak Pengasih di Gunung Nuang di sini, petang kelmarin.

(selanjutnya…)

Dah baca berita mengenai TNB hari ini? TNB mencatatkan penurunan keuntungan sebanyak 1.47 % disebabkan kenaikan harga bahan bakar; arang batu, di mana kenaikan harga sehingga 50% dicatatkan. 

Gambar Hiasan: Inilah rupanya arang batu yang digunakan untuk menjana tenaga.

TNB menyatakan bahawa kecekapan pengurusan akan ditingkatkan menerusi pelbagai langkah inisiatif bagi mengurangkan kesan daripada kenaikan kos bahan api.

Di Buletin Utama TV3 malam tadi, terdapat satu kenyataan yang amat membimbangkan aku; kemungkinan kenaikan tarif elektrik! Itupun bergantung kepada keadaan harga bahan bakar semasa dan kelulusan dari kerajaan.

Kalau dah harga elektrik naik, faham-faham je la….. Harga barang pasti akan naik.

Siapa-siapa yang berniaga, takkan nak tanggung kenaikan tu….

Siapa-siapa yang baru naik gaji, sia-sialah kenaikan tu…..

Siapa-siapa yang tak pernah naik gaji, lagilah sengsara….