Posts Tagged ‘Harian Metro’

Oleh Muhammad Aifat
am@hmetro.com.my

Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.

Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.

Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.

“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya. – myMetro

Masih terdapat kekosongan jawatan di sebuah kompleks pejabat di Petaling Jaya sebagai Chargeman BO.

Chargeman BO (Penjaga Jentera Kelas BO)

Kelayakan:
1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera BO dari ST/JBE sekurang-kurangnya setahun
2. Berpengalaman kerja dalam penyelenggaraan bangunan sekurang-kurangnya 5 tahun
3. Boleh bekerja dengan pengawasan minimum
4. Berpengetahuan sistem cegah kebakaran (Addressable) dan penghawa dingin /multi task
5. Boleh menyelia sekumpulan juruteknik
6. A team player, reliable and positive attitude
7. Kreatif / boleh menyelesaikan masalah
8. Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen yang sah
9. Berpengetahuan komputer (MS Office) atau berpengalaman dalam pengurusan Maintenance Department satu kelebihan.

Berminat, fax resume anda  kepada:-

The Operations Manager
LCS Joint Management Body
338, Block A2, Pusat Dagang Setia Jaya,
No. 9, Jalan PJS 8/9,
46150 Petaling Jaya.
Tel: 03-7873 5800
Fax: 03-7877 5553

Boleh juga emel permohonan kepada  lcs_bm@yahoo.com

esbulbSIME Darby Bhd melancarkan ‘Switch!’ iaitu kempen inisiatif jimat tenaga yang disasarkan kepada 10,000 kediaman di kawasan perbandaran dibangunkan kumpulan itu di Lembah Klang.

Fasa pertama kempen, Sime Darby menawarkan 100,000 mentol lampu jimat tenaga untuk ditukarkan pada harga diskaun kepada pemilik kediaman dimajukan kumpulan di Subang Jaya, UEP Subang Jaya/USJ Heights, Bandar Bukit Raja, Ara Damansara, Denai Alam, Bukit Jelutong dan Putra Heights.

Setiap rumah boleh membeli sekotak mengandungi lapan unit mentol jimat tenaga pada harga potongan serendah RM50 berbanding RM160 sekotak, siapa cepat dia dapat.

Pemilik kediaman yang berminat mengambil bahagian dalam kempen itu dimestikan mendaftar di laman web http://www.simedarby.com/switch mulai hari ini sehingga 100,000 unit mentol habis.

sdb

Peserta boleh memilih mana-mana empat lokasi untuk membuat penukaran iaitu galeri jualan Sime Darby di Ara Damansara, Bandar Bukit Raja, Wisma UEP Subang Jaya dan Sime Darby Pavillion di Bukit Jelutong.

Sebagai insentif tambahan, Sime Darby bekerjasama dengan Majlis Tenaga Malaysia [Energy Council of Malaysia (ECOM)] untuk pertandingan bagi rumah yang menunjukkan pengurangan penggunaan tenaga elektrik ketara semalam sepanjang 12 bulan menggunakan mentol jimat tenaga berkenaan.

Kempen ini mendapat kerjasama pengeluar lampu jimat tenaga, OSRAM dan Kualiti Khidmat Alam.

Sumber: 1.Harian Metro 2.Sime Darby Bhd

P/S: Mereka yang terlibat memang patut ambil peluang ni. Harga sebiji mentol ES 18 watt di pasaran +- RM15.00.

P/P/S: Ada orang kata, sekurang-kurangnya 100,000 ribu mentol ini akan menampakkan perubahan penggunaan tenaga, tapi saya kata, TNB tetap perlu bayar IPP jumlah sepatutnya walaupun kita semua bergelap sepanjang tahun!

P/P/S: Untuk peserta yang dah mendaftar. kalau dah guna mentol jimat tenaga ni masih rasa tak kurang juga bil, klik SINI.

EVOLUSI pencahayaan diteruskan apabila inovasi terkini lampu diod pemancar cahaya (LED) dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan lampu fluorescent kompak (CFL) dan mentol tradisional lain di pasaran.

Lampu ini mampu menjimatkan tenaga elektrik kerana hanya menghasilkan tiga watt tenaga selain mampu mengurangkan pemanasan global yang menjadi isu hangat diperbahaskan.

Pengurus Sokongan Aplikasi Pencahayaan Philips ASEAN, Matthew Cobham, berkata lampu LED juga mesra alam kerana sumber pembuatannya tidak mengandungi raksa dan mempunyai jangka hayat lebih lama.

Gambar di atas adalah lampu LED yang bersaiz & bentuk seperti lampu kalimantang 18 watt

“LED adalah inovasi terkini yang mampu melindungi alam sekitar terutama dari kebocoran raksa di samping ia sebagai contoh teknologi yang tidak melupakan tahap efisyen tenaga malah LED adalah jawapan kepada isu peningkatan kos elektrik,” kata Cobham.

(more…)

Seremban: Harian Metro melaporkan, seorang mangsa  melecur  70%  di badan manakala rakannya melecur di kedua tangan hingga ke siku akibat disambar api kereta yang terbakar. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Yusmaszee Yusof, 30, seorang mekanik, dalam perjalanan pulang ke rumah di Rahang selepas mengisi minyak Proton Tiaranya.

Bagaimanapun, di pertengahan jalan, mangsa mengesyaki keretanya mengalami kebocoran kerana terbau petrol dan berhenti untuk memeriksa. Secara kebetulan seorang rakan mangsa, Nor Diana Nor Halim, 25, yang menunggang motosikal melalui jalan itu dan singgah sebentar.

Jurucakap polis berkata, Nor Diana kemudiannya meminta kebenaran untuk duduk dalam kereta dan membuka radio. Secara tiba-tiba kereta itu disambar api dipercayai akibat masalah pendawaian wayar menyebabkan Nor Diana terperangkap di tempat duduk penumpang di depan kereta.

Berita penuh di Harian Metro

 

Sumber Gambar Hiasan: ElizabethWong

Apa yang saya utarakan di bawah mungkin ada kaitan dengan kejadian di atas, namun tak semestinya berkait. Saya juga pernah menulis berkaitan litar pintas di SINI.

Dengan bahasa yang mudah; dalam sistem pendawaian kereta (malah pendawaian domestik & industri), fius berfungsi sebagai pelindung kepada wayar / kabel dengan cara “terputus” atau “blow” atau “fused” apabila terdapat arus elektrik yang tinggi yang melampaui nilai fius tersebut. Contohnya, fius 5 Amp akan terputus apabila arus melebihi  5 Amp, lalu melindungi kabel dari terbakar.

Jadi, kesimpulan ringkas dari penerangan di atas:

1.    Jika fius didapati putus, kemungkinan besar terdapat litar pintas pada pendawaian,

2.    Jika berlaku litar pintas tetapi fius tidak putus,maka akan berlakulah kebakaran pada pendawaian, malah jika tidak disedari awal akan menyebabkan kebakaran pada kenderaan,

3.    Apabila fius putus, cuba gantikan dengan fius yang setara, jika masih putus juga, biar juruteknik  yang bertauliah periksa,

4.    Jangan tukar fius yang putus melebihi nilai yang asal kerana nilai yang lebih tinggi menyebabkan kabel tidak dilindungi lagi lalu menyebabkan kebakaran.

Kepada yang tidak pakar,ada pepatah berkenaan fius dalam ‘bahasa juruletrik’ yang berbunyi; 

“YOU GO UP, YOU BLOW UP”.