Posts Tagged ‘islamabad’

Islamabad: Kabinet Pakistan pada 14 Mei 2008 telah mengumumkan pelan kontrovesi bagi membendung krisis kekurangan bekalan elektrik di negara tersebut. Langkah utama ialah dengan mempercepatkan waktu (jam) sebanyak 1 jam dan mengarahkan penutupan pusat-pusat perniagaan pada pukul 9 malam.

Menteri bertanggungjawab, Pervaiz Ashraf (Menteri Tenaga & Air) berkata, pelan tersebut akan menjimatkan 500 megawatt elektrik. Beliau juga berharap masalah yang dihadapi akan dapat diatasi dalam masa setahun dengan cara menambah 1200 megawatt elektrik melalui penswastaan penjanaan tenaga dan rundingan untuk mengimport 1100 megawatt dengan Iran.

Ringkasan pelan penjimatan yang dirangka:

1. Semua pusat-pusat perniagaan, pusat beli-belah ditutup pukul 9 malam

2. Mempraktikkan amalam Daylight Saving bermula Jun 2008

3. Tiada peruntukan elektrik untuk menyalakan papan tanda termasuk papan tanda neon

4. Munutup penghawa dingin di semua pejabat kerajaan termasuk pejabat perdana menteri dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi

5. Menyalakan hanya 50% dari keseluruhan lampu jalan

6. 200 megawatt elektrik yang dihasilkan oleh janakuasa kapal laut disalurkan ke Karachi

7. Memasang 1 juta biji mentol jimat tenaga ke seluruh Negara

8. Menubuhkan jawatankuasa pemantau bagi mengesan kebocoran elektrik

Hmmmm….. Rasanya boleh buat di Malaysia tak? Fikir-fikirkanlah!