Arkib untuk Mei, 2008

Selamatkan alam sekitar & duit anda, selamat datang kepada “Perkomputeran Mesra Alam”

Di sebalik saranan dan kempen kerajaan; “Satu Rumah, Satu Komputer”, sebenarnya ada perkara yang perlu kita ambil perhatian.

Di UK, sejak 8 tahun kebelakangan ini, didapati terdapat peningkatan sebanyak 34% penggunaan komputer per isi rumah. Dengan 67% dari isi rumah di UK memiliki komputer peribadi, peningkatan dalam penggunaan elektrik amat ketara.

Ada ke cara supaya komputer peribadi anda menggunakan kurang tenaga elektrik tanpa mengurangkan keasyikan kehidupan digital harian? Memang ada.

Cara terbaik ialah dengan bertanya kepada diri sendiri soalan mudah, “bagaimana saya boleh ubah tabiat penggunaan komputer?” Mulakan dengan mematikan (switch off) aksesori sampingan komputer bila tidak digunakan seperti pengimbas, pencetak, kamera web, malah monitor. Lagi bagus kalau offkan terus komputer bila tidak digunakan!

 

Cara-cara berikut akan membuatkan komputer anda menggunakan kurang elektrik dengan melaras setting yang mudah.

(more…)

Buruh atau Labour membawa maksud; Apa saja jenis pekerjaan

Penggajian Buruh atau Wage Labour pula; Seseorang pekerja menjual tenaga/kerja mereka manakala majikan pula membeli.

Jadi, dari pernyataan di atas, sesiapa yang bekerja dan mendapat gaji dari majikan, maka beliau adalah seorang buruh. Yang kerja kasar dah tentulah Buruh Kasar, yang kerja kat opis, Buruh……?

Hari Pekerja atau Hari Buruh menurut Wikipedia adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Dua orang Buruh sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan am di Bilik Suis Utama.

 

Jadi sukalah aku pada hari ni mengucapkan Selamat Hari Buruh kepada semua buruh-buruh sekalian, terutamanya anak-anak buah yang bila disuruh buat kerja, ada je yang dibantah (gambar kat atas tu sebahagian dari mereka), tapi buat gak kerja. OK lah tu!