Posts Tagged ‘eksperimen’

Bateri Lemon

 

Membina sebuah bateri dari lemon adalah satu eksperimen biasa yang boleh didapati kebanyakan buku teks sains. Ianya nyata bukanlah mudah bagi yang tidak pro.

Eksperimen ini memerlukan  2 jenis logam yang direndam dalam larutan berasid, di mana tembaga (copper) dan zink (zinc) boleh digunakan manakala kandungan asid sitrik (citrc acid) pada lemon digunakan sebagai larutan berasid.

Bateri yang dihasilkan melalui eksperimen ini tidak mungkin dapat menyalakan mentol lampu atau menggerakkan motor, namun ia berupaya menghasilkan nyalaan malap LED (Light Emitting Diode).                                                                                                                             

Gambar di atas menunjukkan asas Bateri Lemon yang terdiri daripada sebiji lemon, sekeping syiling tembaga dan paku bersalut zink.

Eksperimen Bateri Lemon

Cucukkan sekeping syiling tembaga ke satu bahagian lemon dan paku ke satu bahagian yang lain. Pastikan kedua-duanya tidak bersentuh.

Ini adalah gambaran bateri satu sel. Paku dan syiling dipanggil elektrod manakala jus lemon dipanggil elektrolit. (more…)