Posts Tagged ‘JPA3’

Sumber: Harian Metro

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
 

 

HULU LANGAT: Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) tidak menyangka tongkat yang digunakan ketika memanjat gunung hampir meragut nyawanya apabila ‘tongkat maut’ itu dipercayai menjadi punca dia terkena panahan petir, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Abdul Mujahid Abdul Hadi, 21, menggelupur kesakitan sebaik kilat yang membawa aliran elektrik ribuan voltan menyambar tongkat aluminium dipegang sebelum merebak ke tubuhnya.

Difahamkan mangsa dari bahagian perubatan JPA3 Wilayah Persekutuan ketika itu mengiringi 27 pelajar sekolah mendaki lokasi Puncak Pengasih di Gunung Nuang di sini, petang kelmarin.

(more…)