Arkib untuk April, 2008

Sumber: Utusan Malaysia

Oleh JAMDI NASIR

KOTA KINABALU 12 April – Kerajaan negeri menyediakan pelan alternatif bagi mendapatkan tambahan sumber bekalan tenaga elektrik berikutan pembatalan projek Janakuasa Arang Batu bernilai RM1.3 bilion di Lahad Datu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, sumber tersebut ialah melalui pembinaan janakuasa elektrik hidro atau janakuasa gas yang lebih bersifat mesra alam berbanding janakuasa arang batu yang dirancang sebelum ini.

  

Gambar Hiasan: Hidro-elektrik Batang Ai, Sarawak

Klik SINI untuk baca artikel penuh…

Sumber: Berita Harian

TEKNOLOGI sel solar wajar digunakan sebagai sumber alternatif menjana elektrik dalam projek pembestarian sekolah luar bandar untuk memastikan pelajar di kawasan berkenaan tidak ketinggalan dalam pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Gambar Hiasan: Sebuah rumah yang dikuasakan dengan tenaga solar / suria  

Awal pagi tadi, +- pukul 1.50 pagi, berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat susur keluar ke Pandan Jaya/Cempaka. Apa pula kaitan kemalangan di MRR2 dengan blog elektrik ni?

Klik SINI untuk baca artikel penuh…

Sumber: Utusan Malaysia

Oleh Farhah Abdullah

KEBANYAKAN produk elektrik terkini termasuk kosmetik keluaran antarabangsa mahupun tempatan mendakwa mereka mempunyai inovasi teknologi nano. Tetapi dakwaan itu sememangnya boleh dipertikaikan dari sudut perdagangan sama ada dakwaan mereka tepat atau tidak berkenaan perihal penggunaan terma teknologi nano.

Carian google setakat ini memaparkan lebih 193,000 maklumat berkenaan teknologi itu. Ia masih agak baru di Malaysia. Sungguhpun demikian, produk yang dikatakan mengaplikasikan pendekatan teknologi nano mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna Malaysia.

Gambar Hiasan: Mesin basuh ini dikatakan dihasilkan melalui kejuruteraan teknologi termaju. Teknologi silver nano yang digunakan didakwa mampu membunuh sehingga 99.9% bakteria dan kesan anti-bakteria tersebut boleh bertahan sehingga 30 hari.
 
Klik Sini untuk baca artikel penuh….


Sumber: Harian Metro

10 April 2008

KANGAR: Seorang peniaga pasar malam, Muhammad Redzuan Ahmad, 26, yang cuba menyambung kabel daripada sebuah generator di pasar malam di sini malam tadi terbunuh akibat kejutan elektrik.

Gambar Hiasan: Set Generator yang biasanya digunakan peniaga pasar malam

 

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 malam ketika sebahagian besar peniaga mula menghidupkan generator bagi menerangi kawasan jualan mereka di perkarangan Stadium Utama Kangar itu.

(more…)