Keselamatan Elektrik

8 Julai 2009

stupid1

Anak sapa la ni ek? Cuba perhatikan, apa masalah dengan gambar di atas ni? Dapat? Ya betul, yang ada bulatan merah……

…… kot iya pun nak bersuka ria, jangan la sampai jadi bodoh macam mereka.

Walaupun air bukanlah pengalir arus elektrik yang paling baik, ia masih boleh mengalirkan elektrik dan dalam jumlah yang boleh membunuh!

Jadi, moral of the story is, don’t you ever do this at home or at your friend’s home or your parent’s home or at your in-law’s home or anywhere in the whole world or entire galaxy! Ingatlah orang yang tersayang….. :)


Gangguan Bekalan Elektrik TNB

3 Julai 2009

tnb workerMengikut catatan di laman web TNB, akan berlaku gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan seluruh Malaysia untuk kerja-kerja penyelenggaraan atau naik taraf.

Kerja-kerja tersebut dilakukan secara berperingkat sehingga Ogos 2009.

Semak jadual dan kawasan terlibat di SINI.

rahsia tnb bocor

 


Kempen Jimat Tenaga “SWITCH!” Sime Darby

3 Jun 2009

esbulbSIME Darby Bhd melancarkan ‘Switch!’ iaitu kempen inisiatif jimat tenaga yang disasarkan kepada 10,000 kediaman di kawasan perbandaran dibangunkan kumpulan itu di Lembah Klang.

Fasa pertama kempen, Sime Darby menawarkan 100,000 mentol lampu jimat tenaga untuk ditukarkan pada harga diskaun kepada pemilik kediaman dimajukan kumpulan di Subang Jaya, UEP Subang Jaya/USJ Heights, Bandar Bukit Raja, Ara Damansara, Denai Alam, Bukit Jelutong dan Putra Heights.

Setiap rumah boleh membeli sekotak mengandungi lapan unit mentol jimat tenaga pada harga potongan serendah RM50 berbanding RM160 sekotak, siapa cepat dia dapat.

Pemilik kediaman yang berminat mengambil bahagian dalam kempen itu dimestikan mendaftar di laman web www.simedarby.com/switch mulai hari ini sehingga 100,000 unit mentol habis.

sdb

Peserta boleh memilih mana-mana empat lokasi untuk membuat penukaran iaitu galeri jualan Sime Darby di Ara Damansara, Bandar Bukit Raja, Wisma UEP Subang Jaya dan Sime Darby Pavillion di Bukit Jelutong.

Sebagai insentif tambahan, Sime Darby bekerjasama dengan Majlis Tenaga Malaysia [Energy Council of Malaysia (ECOM)] untuk pertandingan bagi rumah yang menunjukkan pengurangan penggunaan tenaga elektrik ketara semalam sepanjang 12 bulan menggunakan mentol jimat tenaga berkenaan.

Kempen ini mendapat kerjasama pengeluar lampu jimat tenaga, OSRAM dan Kualiti Khidmat Alam.

Sumber: 1.Harian Metro 2.Sime Darby Bhd

P/S: Mereka yang terlibat memang patut ambil peluang ni. Harga sebiji mentol ES 18 watt di pasaran +- RM15.00.

P/P/S: Ada orang kata, sekurang-kurangnya 100,000 ribu mentol ini akan menampakkan perubahan penggunaan tenaga, tapi saya kata, TNB tetap perlu bayar IPP jumlah sepatutnya walaupun kita semua bergelap sepanjang tahun!

P/P/S: Untuk peserta yang dah mendaftar. kalau dah guna mentol jimat tenaga ni masih rasa tak kurang juga bil, klik SINI.


Bahaya Elektrik Di Stesen Komuter

4 Mei 2009

Ramai orang tahu elektrik telah banyak membantu dalam kehidupan kita tapi ramai yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu bahaya elektrik.

Jika kita lihat di stesen-stesen  dan landasan komuter di Malaysia, masih ramai yang tidak mengendahkan larangan-larangan keselamatan. Berikut adalah video orang yang agak “kureng” “bermain” elektrik di stesen komuter di Negara Pasir Berdengung…..

Bak kata si Ceplos di TV9, renung-renungkan…..


Penjaga Jentera BO / Chargeman BO

2 April 2009

Terdapat kekosongan jawatan di sebuah kompleks pejabat di Petaling Jaya sebagai Chargeman BO.

Chargeman BO (Penjaga Jentera Kelas BO)

Kelayakan:
1. Memiliki sijil kompeten Penjaga Jentera BO dari ST/JBE sekurang-kurangnya setahun
2. Berpengalaman kerja dalam penyelenggaraan bangunan sekurang-kurangnya 5 tahun
3. Boleh bekerja dengan pengawasan minimum
4. Berpengetahuan sistem cegah kebakaran dan penghawa dingin /multi task
5. Boleh menyelia sekumpulan juruteknik
6. A team player, reliable and positive attitude
7. Kreatif / boleh menyelesaikan masalah
8. Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen yang sah
9. Berpengetahuan komputer (MS Office) satu kelebihan

Berminat, fax resume anda sebelum 30 April 2009 kepada:-

The Operations Manager
Fax : 03-7877 5553

Sila nyatakan gaji sekarang & gaji yang dipohon.