Posts Tagged ‘Tenaga’

Kesukaran dalam hidup lazimnya membuatkan seseorang menjadi lebih kreatif, sekurang-kurangnya ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Seperti yang dapat kita lihat dalam video di bawah ni, walaupun lampu solar botol plastik tersebut hanya berfungsi pada waktu siang, banyak rumah di kejiranan miskin di Filipina mendapat manfaat darinya.

Bermula 1 Mac 2009, tarif baru elektrik berkuatkuasa.

1. Menurut TNB, tarif baru ini mencerminkan penurunan harga gas serta mengambil kira peningkatan harga arang batu.

2. Kadar tarif bagi pengguna domestik/kediaman dengan penggunaan elektrik sehingga 200 kwj dikekalkan pada 21.8 sen/kwj.

3. Subsidi kepada pengguna kediaman/domestik yang penggunaannya sehingga RM 20.00 kekal sehingga Disember 2009.

4. Kadar penurunan purata:

Sektor Industri: 5 %

Sektor Komersial: 2.7 %

Pengguna Kediaman/Domestik: 2.54 %

tnb

Klik Jadual Untuk Besarkan

tnb2

Klik Jadual Untuk Besarkan

Sumber: TNB

Kesimpulannya:

1. Penurunan tarif ini tidak memanfaatkan pengguna sederhana di mana bil sebulan di antara RM 20.00 sehingga RM 43.60

2. Bagi pengguna komersial & industri, mungkin dah boleh berkira-kira bagi staff sedikit bonus! (Bonus makan tengahari sekali je la…..)

3. Mungkin disebabkan no. 2, tak nampak lagi harga barangan turun seiring penurunan harga elektrik šŸ˜¦Ā  …. šŸ™‚ .

Don’t pass the buck, TNB urged (The Star Online)

Petaling Jaya: Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu mencari alternatif lain untuk membayar RM 500 juta kepada pemilik Jimah Power Plant dan bukan membebankannya kepada pengguna, kata FOMCA.

“TNB perlu menguruskan kewangannya denganĀ cekap dan menyediakan simpanan sendiriĀ apabila menghadapi kerugian”, kata presiden FOMCA, Datuk N. Marimuthu.

Katanya lagi, jika pengguna boleh menguruskan perbelanjaan masing-masing secara berhemah, TNB sepatutnya lebih lagi kerana mempunyai pekerja-pekerja yang kompeten dan berkebolehan menghadapi situasi seperti ini.

Bermula Januari 2009, TNB perlu membayar lebihan tenaga yang tidak diperlukan apabila Jimah Power Plant memulakan operasi. Untuk rekod, pada masa ini, TNB membayar RM 3 billion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Saiful: Ish…ish….ish….Ā  8->

EVOLUSI pencahayaan diteruskan apabila inovasi terkini lampu diod pemancar cahaya (LED) dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan lampu fluorescent kompak (CFL) dan mentol tradisional lain di pasaran.

Lampu ini mampu menjimatkan tenaga elektrik kerana hanya menghasilkan tiga watt tenaga selain mampu mengurangkan pemanasan global yang menjadi isu hangat diperbahaskan.

Pengurus Sokongan Aplikasi Pencahayaan Philips ASEAN, Matthew Cobham, berkata lampu LED juga mesra alam kerana sumber pembuatannya tidak mengandungi raksa dan mempunyai jangka hayat lebih lama.

Gambar di atas adalah lampu LED yang bersaiz & bentuk seperti lampu kalimantang 18 watt

ā€œLED adalah inovasi terkini yang mampu melindungi alam sekitar terutama dari kebocoran raksa di samping ia sebagai contoh teknologi yang tidak melupakan tahap efisyen tenaga malah LED adalah jawapan kepada isu peningkatan kos elektrik,ā€ kata Cobham.

(selanjutnya…)