Posts Tagged ‘tarif’

BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.

“Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.

“Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa,” katanya.

Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.

“Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,” katanya.

Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.

Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.

“Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.

“Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya,” katanya.

Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

Sumber: KedahLanie

Bermula 1 Mac 2009, tarif baru elektrik berkuatkuasa.

1. Menurut TNB, tarif baru ini mencerminkan penurunan harga gas serta mengambil kira peningkatan harga arang batu.

2. Kadar tarif bagi pengguna domestik/kediaman dengan penggunaan elektrik sehingga 200 kwj dikekalkan pada 21.8 sen/kwj.

3. Subsidi kepada pengguna kediaman/domestik yang penggunaannya sehingga RM 20.00 kekal sehingga Disember 2009.

4. Kadar penurunan purata:

Sektor Industri: 5 %

Sektor Komersial: 2.7 %

Pengguna Kediaman/Domestik: 2.54 %

tnb

Klik Jadual Untuk Besarkan

tnb2

Klik Jadual Untuk Besarkan

Sumber: TNB

Kesimpulannya:

1. Penurunan tarif ini tidak memanfaatkan pengguna sederhana di mana bil sebulan di antara RM 20.00 sehingga RM 43.60

2. Bagi pengguna komersial & industri, mungkin dah boleh berkira-kira bagi staff sedikit bonus! (Bonus makan tengahari sekali je la…..)

3. Mungkin disebabkan no. 2, tak nampak lagi harga barangan turun seiring penurunan harga elektrik 😦  …. 🙂 .

Don’t pass the buck, TNB urged (The Star Online)

Petaling Jaya: Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu mencari alternatif lain untuk membayar RM 500 juta kepada pemilik Jimah Power Plant dan bukan membebankannya kepada pengguna, kata FOMCA.

“TNB perlu menguruskan kewangannya dengan cekap dan menyediakan simpanan sendiri apabila menghadapi kerugian”, kata presiden FOMCA, Datuk N. Marimuthu.

Katanya lagi, jika pengguna boleh menguruskan perbelanjaan masing-masing secara berhemah, TNB sepatutnya lebih lagi kerana mempunyai pekerja-pekerja yang kompeten dan berkebolehan menghadapi situasi seperti ini.

Bermula Januari 2009, TNB perlu membayar lebihan tenaga yang tidak diperlukan apabila Jimah Power Plant memulakan operasi. Untuk rekod, pada masa ini, TNB membayar RM 3 billion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Saiful: Ish…ish….ish….  8->