Posts Tagged ‘malaysia’

Saya pernah menulis berkenaan benda ni tahun lepas di SINI. Ketika itu, taklah sehangat tahun ni.

Ada orang kata, orang yang kata ye….., “Earth Hour ni nak bagi mesej kat siapa?”. Bagi saya, kalau di Malaysia ni, secara tak langsung sedikit sebanyak mesej ini pasti akan dirasai oleh TNB.

Oleh IzalPutra

Pada 28 Mac 2009 jam 8.30pm, bandar raya-bandar raya dan bandar-bandar merentasi dunia dijangka akan mengambil tindakan memadamkan lampu-lampu selama satu jam.  ‘Earth Hour’ membawa satu mesej global yang bermakna untuk mengambil tindakan yang mungkin dalam menangani isu pemanasan global iaitu memadamkan lampu secara serentak di peringkat dunia.

Dengan mengambil langkah hanya semudah menutup suis lampu dan menggalakkan bandar raya secara menyeluruh untuk menjalankan tindakan ini, satu mesej yang bermakna dapat dikeluarkan tentang keperluan segera untuk isu perubahan iklim, dan menunjukkan bahawa sejumlah ramai orang berpeluang melakukan satu kelainan.

‘Earth Hour 2009’ dijangka akan menjadi satu panggilan yang berkesan untuk tindakan bagi sejumlah ramai individu, kerajaan dan organisasi perniagaan dalam mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan secara bersama. Bangunan-bangunan ikonik dan mercu tanda merentasi Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika dijangka akan bergelap buat seketika.

‘Earth Hour’ adalah satu pesanan yang mengharapkan satu tindakan. Bayangkan apa yang akan kita dapat lakukan jika kita bertindak bersama?

Sertai ‘Earth Hour 2009’: http://earthhour.org

Earth Hour 2009 by WWF – Sign up for Earth Hour!

Malaysia sudah pun terlibat dalam teknologi ini sejak lebih dari 10 tahun. Pihak TNB menerusi agensinya, TNRD telah membuat kajian dan mencuba dibeberapa tempat seperti di Kuarters kakitangan dan komuniti luar bandar. Beberapa pakar dari universiti tempatan juga dalam masa yang sama membuat R&D masing-masing.

Solar panel biasanya merujuk kepada sistem solar water heater (seperti yang dipasang di bumbung-bumbung rumah). Solar module biasanya merujuk kepada sistem solar photovoltaic (PV). Ianya dipanggil module sebab sistem ini adalah modular (boleh dipasang mengikut kapasiti yang dikehendaki samada secara siri atau selari bergantung dengan konfigurasi sistem).

Secara purata hasil dari kajian R&D tempatan, Energy Yield adalah 1,200 kWh/kWpeak/year. Maksudnya, setiap 1 kWpeak solar PV akan menjana 1,200kWh tenaga elektrik setahun. Sekiranya anda menggunakan tenaga 400kWh/month (12 * 400 = 4800 kWh/year), maka kapasiti yang diperlukan ialah (4800/1200) = 4 kWp.

Solar panel sistem pula terdiri kepada 2 jenis, Storage sistem dan juga Grid Connected.

Storage system biasanya mempunyai bateri untuk menyimpan tenaga yang dijana pada waktu siang dan diguna pada waktu malam (juga sebahagian di siang hari). Sistem ini juga biasanya digabung dengan beberapa sumber tenaga seperti janakuasa diesel atau kincir angin atau kedua-dua sekali, yang mana juga dinamakan Solar Hibrid.

Sistem ini telahpun dipasang di beberapa komuniti pedalaman dan juga kini sedang dalam proses dipasang di sekolah-sekolah luar bandar di Sabah & Sarawak yang mana jauh dari grid bekalan elektrik. Pulau-pulau peranginan di Semenanjung Malaysia juga tidak ketinggalan seperti di Pulau Perhentian (Hibrid Solar+Diesel+ angin), Pulau kapas, etc. (more…)