Posts Tagged ‘Buruh’

Masih terdapat kekosongan jawatan di sebuah kompleks pejabat di Petaling Jaya sebagai Chargeman BO.

Chargeman BO (Penjaga Jentera Kelas BO)

Kelayakan:
1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera BO dari ST/JBE sekurang-kurangnya setahun
2. Berpengalaman kerja dalam penyelenggaraan bangunan sekurang-kurangnya 5 tahun
3. Boleh bekerja dengan pengawasan minimum
4. Berpengetahuan sistem cegah kebakaran (Addressable) dan penghawa dingin /multi task
5. Boleh menyelia sekumpulan juruteknik
6. A team player, reliable and positive attitude
7. Kreatif / boleh menyelesaikan masalah
8. Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen yang sah
9. Berpengetahuan komputer (MS Office) atau berpengalaman dalam pengurusan Maintenance Department satu kelebihan.

Berminat, fax resume anda  kepada:-

The Operations Manager
LCS Joint Management Body
338, Block A2, Pusat Dagang Setia Jaya,
No. 9, Jalan PJS 8/9,
46150 Petaling Jaya.
Tel: 03-7873 5800
Fax: 03-7877 5553

Boleh juga emel permohonan kepada  lcs_bm@yahoo.com

Buruh atau Labour membawa maksud; Apa saja jenis pekerjaan

Penggajian Buruh atau Wage Labour pula; Seseorang pekerja menjual tenaga/kerja mereka manakala majikan pula membeli.

Jadi, dari pernyataan di atas, sesiapa yang bekerja dan mendapat gaji dari majikan, maka beliau adalah seorang buruh. Yang kerja kasar dah tentulah Buruh Kasar, yang kerja kat opis, Buruh……?

Hari Pekerja atau Hari Buruh menurut Wikipedia adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Dua orang Buruh sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan am di Bilik Suis Utama.

 

Jadi sukalah aku pada hari ni mengucapkan Selamat Hari Buruh kepada semua buruh-buruh sekalian, terutamanya anak-anak buah yang bila disuruh buat kerja, ada je yang dibantah (gambar kat atas tu sebahagian dari mereka), tapi buat gak kerja. OK lah tu!