TNB Rugi RM9j Sindiket Produk Jimat Elektrik?

Posted: 5 Julai 2011 in Berita Elektrik, Elektrik
Tags: , , , , , , , , ,

Sumber:  Berita Hairan 4/7/2011

JOHOR BAHRU: Kewujudan sindiket menawarkaan produk dan kepakaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor kerugian lebih RM9 juta sejak awal tahun ini.

Perbuatan didalangi kumpulan berkenaan menyebabkan banyak premis perniagaan termasuklah hotel ternama dan kilang membayar jumlah tertentu untuk mengurangkan penggunaan elektrik mereka dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada TNB.
Pengurus Besar Negeri, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata kerugian berkenaan berdasarkan 1,336 kes kecurian yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan sektor komersial seperti rumah kedai, hotel, klinik, stesen minyak dan kilang sebagai penyumbang utama.

Katanya, Johor negeri ketiga mencacatkan kes kecurian elektrik tertinggi selepas Selangor dan Pulau Pinang dengan kebanyakan kes pengubahan meter didalangi sindiket yang menawarkan perkhidmatan serta produk pengurangan tenaga.

“Untuk mengatasinya, Unit Pengekangan Kecurian Arus (SEAL) TNB dianggotai 30 petugas diarah menjalankan operasi dari semasa ke semasa di sekitar negeri ini, Negeri Sembilan dan Melaka, ” katanya.

Mohd Aminuddin berkata, kegiatan kecurian elektrik yang didalangi kumpulan itu masih mampu dikesan pihaknya yang turut mempunyai kepakaran memeriksa kebocoran tenaga berkenaan dengan kadar segera.

Curi!

Gambar Hiasan: Ini baru la curi elektrik namanya.....

“TNB menggunakan sistem canggih iaitu Alat Kawalan Jauh Bacaan Meter yang boleh mengesan secara automatik jika berlaku pengurangan penggunaan elektrik secara luar biasa walaupun premis terbabit terletak jauh seperti di Segamat.
“Unit SEAL akan terus datang ke lokasi berkenaan dan jika didapati pemilik premis mencuri elektrik, kami berkuasa menyekat penggunaan elektrik selama tiga bulan di sana mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan mudah hingga menyebabkan pengguna didenda serta dikenakan tindakan mahkamah.

Pada masa sama, beliau menjelaskan pengguna turut terdedah risiko kemalangan kerana peralatan pengurangan elektrik terbabit dihasilkan tanpa mengikut piawaian.

Justeru katanya, orang ramai yang curiga dengan kehadiran individu yang mendakwa kakitangan TNB yang menawarkan perkhidmatan pengurangan tenaga itu boleh menghubungi talian TNB Careline di 1554 atau pusat sehenti di 1300 88 5454.

Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, TNB akan menggantikan lebih 250,000 meter elektrik lama berusia lebih 15 tahun di seluruh negeri ini secara berperingkat berikutan ia sudah tidak berkesan termasuk gagal merekodkan bacaan penggunaan sebenar.

Komen: iyeeeee ke? itu bukan alat jimat tu…tu alat curi elektrik….. alat jimat elektrik yang aku tau, hanya mengambil kesempatan ke atas tidak cekapnya peralatan elektrik  atau pendawaian dalaman pengguna, malah dalam sesetengah kes, mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem penghantaran elektrik pemegang lesen. Renung-renungkan….

Komen-komen
  1. Tanpa Nama berkata:

    ISTILAH YANG DIGUNAKAN OLEH PENULIS BERITA HARIAN ADALAH TIDAK BENAR,…PERALATAN JIMAT ELEKTRIK DAN KECURIAN ELEKTRIK ADALAH SATU PERKARA YANG BERBEZA…INILAH MASALAH BILA PENULIS BUTA TEKNIKAL..

  2. Bayan berkata:

    Menarik. Saya suka membaca tulisan ini. Dan gambar yang comel. Ha ha ha

  3. x kilat berkata:

    tnb mula nak cari kes kecurian,,,,,tapi adakah semua pengguna sedar ,,kita slalu nya di bandingkan negara lain,,,,sya stuju dgn saudara kita di atas,, istilah curi dan penjimat ,,,tu memang berbeza,,, tapi x tahu lah kut kut pihak tnb nak kenakn mereka yang menjual alat ini,,kebiasaannya di malaysia beginilah yang biasa terjadi,,,,kita pengguna ni,, terpaksa membayar lebih segalanya,,, sedangkan kita di malaysia amat bertuah sumber buminya banyak ,,,tapi kna bayar lebih,,,setahu saya tnb menjana lebihan tenaga dan terpaksa di cas keluar tenaga yng lebih tu,,,,saya setuju penggunaan alat penjimat ni,,, lebih tepat lagi kalau ianya kapesitorbank,,,

  4. Tanpa Nama berkata:

    Sebenarnya masih ramai pengguna tidak tahu dan tidak sedar tentang hak mereka.pada pandangan mereka alat jimat elektrik tu curi elektrik.kalau mcm tu tanggapan mereka maka hentikan serta merta dan batalkan semua lesen pengeluaran lampu energy saver seperti philips dan osram sebab lampu tu jimat tenaga rugi la tnb.sepatutnya semua pengguna wajib ambil tahu tentang akta elektrik.yg dimaksudkan curi elektrik tu adalah pengubahsuaian pd meter tnb dan ramai jgk golongan yg mahir elektrik buat “by pass” pd meter jangka tnb ha itu mmg sah curi elektrik.penggunaan alat energy saver tidak salah krn fungsi alat tersebut sama manfaatnya seperti penggunaan lampu energy saver,air-cond with inverter.

  5. Sila pergi ke sesawang

    http://www.zan-engsvc.com.my/wordpress

    untuk belajar bagaimana boleh mengurangkan penggunaan elektrik?

  6. […] View the original article here Posted in Uncategorized | Tags: Elektrik, Jimat, Produk, Sindiket « Hello world! […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s