Sejarah Kereta Elektrik

Posted: 20 Jun 2008 in Elektrik, Pengetahuan Am, Technical
Tags: , , , , , , ,

Sejak 175 tahun kereta elektrik dicipta

Kenaikan harga bahan api kebelakangan ini, kembali mempopularkan kereta berkuasa elektrik hinggakan pengeluar kereta seluruh dunia berlumba-lumba mempercepat R & D bagi menghasilkan kereta elektrik yang efisyen tetapi mampu milik. Namun bukan ini yang saya ingin ulas sebenarnya. Kali ini saya tulis berkenaan sejarah kereta elektrik.

Pengenalan

Kereta elektrik pertama berada di jalanraya pada tahun 1830-an, 30 tahun sebelum Perang Saudara Amerika malah ianya lebih popular ketika itu. Pada tahun 1900, dari 4912 kereta yang dihasilkan, 28% adalah kereta elektrik dan pada tahun 1903, penjualan kereta berkuasa elektrik mengatasi kereta berkuasa gasolin, mewakili 1/3 dari jumlah kereta yang berada di jalan-jalan di New York, Boston dan Chicago.

Apa yang menyebabkan kereta elektrik popular? Secara asasnya, penyebab kejayaannya adalah seperti apa yang orang zaman sekarang fikirkan berkenaan kereta elektrik pada hari ini; ia lebih senyap, mudah dipandu dan yang lebih penting tidak menghasilkan bau atau gas berbahaya.

Kuasa Bateri

Kereta elektrik pertama dicipta oleh Robert Anderson dari Scotland pada tahun 1830-an dikuasakan bateri yang tidak boleh dicas semula. Ketika itu, kereta masih dikuasakan dengan enjin stim. Orang-orang Perancis telah memperbaiki kaedah penyimpanan kuasa bateri dan semenjak itu, kereta elektrik berkembang di Perancis dan Britain pada lewat 1800-an dan di Amerika pada awal 1900-an.

Ketika itu kereta elektrik hanya boleh bergerak sehingga 20 batu/jam dan terhad kepada golongan berada dan ‘target’ pasarannya pula ialah wanita kerana faktor pengendalian yang mudah (ketika itu kereta berkuasa gasolin susah untuk dihidupkan dan sangat bahaya!). Pada 1900, rekod kelajuan 66 batu/jam dicatatkan menggunakan bateri 12 volt dan rekod perjalanan bagi satu bateri ialah 180 batu.

“Kepupusan” Kereta Elektrik

Ketika itu, apa sebenarnya yang berlaku kepada kereta elektrik? Pengurangan permintaan disebabkan oleh 2 individu berikut; Henry Ford dan Anthony Lucas.

Nama Henry Ford muncul pada tahun 1930 dengan kata-kata, “ I WILL BUILD A CAR FOR THE GREAT MULTITUDE”. Pada tahun 1908 pengeluaran kereta dilakukan secara besar-besaran. Model T boleh dipasang dalam 93 minit sahaja! Ini bermakna kereta berenjin gasolin lebih mampu dimiliki. Pada tahun 1912, sebuah kereta elektrik dijual dengan harga $1750.00 manakala saingannya dijual pada harga hanya $650.00.

Penjualan kereta elektrik sampai kemuncaknya pada tahun 1912 dan terus merudum selepas itu.

Dibantu dengan faktor penemuan EMAS HITAM oleh Anthony Lucas di Spindletop pada 1901 menyebabkan penggunaan kereta adalah sesuatu yang boleh dikatakan termampu ramai.

Sudah lebih 100 tahun semenjak Ford mengeluarkan kereta secara besar-besaran, kereta berkuasa bahan bakar petrol masih mendominasi pasaran. Walaubagaimanapun, tidak seperti peristiwa Spindletop pada 1901, harga minyak semakin meningkat pada hari ini. Malah Ford Motor Co sekarang sedang mencari jalan bagi menghasilkan kereta elektrik yang mampu milik, bayangkan ketika mereka mula-mula menyingkirkan penguasaan kereta elektrik dahulu!

Komen-komen
  1. Nazrul berkata:

    Salam semua…

    Dari satu perspektif berbeza:

    Sumber: http://blogs.reuters.com/great-debate/2008/12/18/electric-cars-will-not-cure-environmental-woes/

    Electric cars will not cure environmental woes

    The world is falling in love with plug-in hybrids and all-electric cars. President-elect Obama wants to put 1 million on the road by 2015. GM features them, particularly the Chevy Volt, in its new business plan for a debut in 2010. The EU wants them to shrink greenhouse gas emissions in 2020 by 20% from 1990 levels. This week the Chinese auto company BYD began selling the world’s first commercially-available plug-in hybrid sedan.

    No matter that these cars are not widely available; that they are priced far above traditional models; that many have a short range, making them useful only for local trips; that batteries may be prone to catching fire; and that many motorists park on the street, where charging is impractical.

    For some, these issues pale in importance to saving the planet from harmful emissions of carbon, sulfur dioxide and nitrogen dioxide—all of which are released from internal combustion engine vehicles. If battery powered cars reduce emissions, environmentalists argue, they should be produced and consumers should be enticed to buy them.

    But whereas electric cars don’t pollute when they’re running on batteries, they’re not pollution-free. Making the lithium-ion batteries is pollution-intensive and recharging the batteries uses electricity. And most electricity generation, from coal- and gas-fired power plants, still causes pollution.

    Which means that pollution from the extra electricity for car batteries has to be weighed against savings from burning less gasoline. Whether battery power can trump the internal combustion engine, which is continually getting more efficient, depends on when drivers decide to charge their future cars, as well as how the electricity is made.

    A 2008 study by the Oak Ridge National Laboratory projected U.S. power needs in 2030 if 25% of the car fleet used some form of battery power.

    If drivers charged vehicles after 10:00 p.m., when household power consumption is at its lowest, then at most eight extra power plants would be needed for electric cars. In contrast, if drivers charged cars in early evening when household use is peaking, 160 new power plants would have to be built.

    At issue here is the way that America will generate its electricity when Obama’s 1 million plug-in hybrids hit the road in 2015. Nuclear power plants do not generate harmful emissions, and are a far cleaner source of electricity than oil, natural gas, or coal. Yet America has refused to build them for fear of accidents and because of controversy about where to dispose of spent fuel. A third problem is long delays in winning government licenses for new plants.

    Private companies don’t want to face litigious American consumers, trial lawyers at the ready, and so do not dare embark on nuclear power plants. Until Congress makes serious efforts to shield companies from liability, nuclear power won’t be viable. The Nuclear Regulatory Commission has not licensed a new nuclear power plant in over 30 years.

    France, on the other hand, does have nuclear power; it generates 78% of its supply from splitting the atom, far more than America’s 19% share. Electric cars in France, therefore, if they can overcome problems of range, safety, and price, would be more environmentally friendly than their American counterparts.

    Until America can resume construction of nuclear power plants, it might be that the way to energy efficiency on the road is not through the electric car but by making improvements in the way cars burn gasoline. That would be a good use of the $25 billion that Congress gave to the auto industry last year to improve efficiency.

    Call it a dual-highway route to saving energy on the road.

    Saiful:

    Somehow, I’ve to agree.

  2. berong berkata:

    kenapa kenderaan elektrik semakin pupus?

    Saiful:

    Pembetulan, sekarang ni dah semakin meningkat samada dari segi R&D, pengeluaran dan penggunaan ; Kereta Hybrid

  3. nothing to say berkata:

    nape stesen janakuasa gas x de??

  4. ahmad berkata:

    lari sikit dari tajuk. jpj memberikan jawapan kepada saya mengenaik mengapa skuter solarin turtle tidak boleh dipasarkan di negara ini kerana kecil dan juga tidak laju. merbahaya kepada pengguna lain. tapi mengapa negara yang mengimport solarin turtle termasuklah britain, perkara ini tidak menjadi satu masalah?

  5. nan berkata:

    hehehe
    cute nye kete

  6. Tanpa Nama berkata:

    ydye

  7. seee berkata:

    owh god! x bez

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s