Jimat Tenaga, Selamat Alam Sekitar

Posted: 19 Mac 2008 in Elektrik, Technical

Sumber: Harian Metro

Berapa banyakkah penggunaan elektrik di Malaysia oleh kira-kira 27.4 juta penduduknya seharian untuk menonton televisyen, melayari internet menggunakan komputer, menyejukkan minuman melalui peti sejuk atau menyegarkan badan di bawah aliran penyaman udara?

Selain persoalan itu, timbul lagi pertanyaan yang menggusarkan kepala iaitu berapa banyak tenaga yang dibazirkan melalui penyalahgunaan elektrik, terbebas tanpa kawalan?

 

Pecahan perkakasan elektrik rumah

Justeru, masyarakat perlu faham keperluan tenaga amat penting dalam kitaran kehidupan manusia apatah lagi ia bersangkut paut dengan pemanasan global yang menjadi isu hangat seluruh penduduk dunia.

Penggunaan Elektrik Domestik

Tenaga didefinasikan sebagai kebolehan dan keupayaan sistem untuk bergerak (mengikut definisi Greek) manakala difinisi standard ialah keupayaan melakukan kerja seperti menggerakkan kereta atau menghidupkan monitor. Kita harus memfokuskan tenaga yang dihasilkan melalui elektrik kerana ia sumber utama di negara ini dibekalkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) digerakkan dengan hidro atau haba (arang batu, minyak atau gas asli).

petisejuk.jpg

aircond1.jpg

 

Perkakas elektrik yang menggunakan tenaga paling tinggi di rumah

 

Menurut Pengurus Kerja Aktiviti Universiti, Pusat Pendidikan Latihan dan Penyelidikan Pembaharuan serta Kecekapan Tenaga, Prof Madya Dr Haslan Abu Hassan, persoalan mengenai perbelanjaan wang ringgit dibangkitkan jika berbincang mengenai kecekapan tenaga.”Sebagai contoh, sebenarnya lampu pijar yang dibeli memiliki kecekapan tenaga rendah iaitu lima peratus. Ini kerana daripada jumlah RM10 dibelanjakan untuk sebiji lampu itu, hanya 50 sen menukarnya menjadi cahaya sementara RM9.50 lagi hanya memanaskan rumah akibat pembebasan tenaga,” kata Dr Haslan.

Tahap kecekapan tenaga diukur melalui kualiti penggunaan serta “input” tenaga, di sinilah kecekapan dapat dilihat seterusnya menjawab persoalan adakah kita melakukan penjimatan tenaga atau tidak. Kecekapan tenaga juga merujuk kepada produk atau sistem menggunakan tenaga yang kurang atau lebih berbanding produk atau sistem biasa melakukan kerja.

Kecekapan tenaga elektrik memberi kebaikan dalam kehidupan manusia merangkumi pelbagai perkara termasuk mengelakkan pembaziran dan perkakasan kos efektif demi masa depan tenaga yang lebih cemerlang. Ia mampu mengurangkan keperluan pelaburan dalam prasarana, menjimatkan kos minyak, meningkatkan daya saing dan memperbaharui kebajikan pengguna. Alam sekitar juga turut terjamin apabila gas rumah hijau berjaya dikekang selain masalah pencemaran udara dapat diatasi.

Mengikut konteks Malaysia, kecekapan tenaga mengurangkan bil di rumah yang kerap dibazirkan sama ada disedari atau tidak.

Fakta disumbangkan oleh Dr. Haslan.

Komen-komen
  1. ayu berkata:

    Berapa boleh jimat guna power saver?

    xpvsvista: Penjimatan antara 10 hingga 30 %.

  2. hello berkata:

    ape semua ini

  3. lll berkata:

    ;;;;;;

  4. Tanpa Nama berkata:

    lol

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s