Posts Tagged ‘Osram’

esbulbSIME Darby Bhd melancarkan ‘Switch!’ iaitu kempen inisiatif jimat tenaga yang disasarkan kepada 10,000 kediaman di kawasan perbandaran dibangunkan kumpulan itu di Lembah Klang.

Fasa pertama kempen, Sime Darby menawarkan 100,000 mentol lampu jimat tenaga untuk ditukarkan pada harga diskaun kepada pemilik kediaman dimajukan kumpulan di Subang Jaya, UEP Subang Jaya/USJ Heights, Bandar Bukit Raja, Ara Damansara, Denai Alam, Bukit Jelutong dan Putra Heights.

Setiap rumah boleh membeli sekotak mengandungi lapan unit mentol jimat tenaga pada harga potongan serendah RM50 berbanding RM160 sekotak, siapa cepat dia dapat.

Pemilik kediaman yang berminat mengambil bahagian dalam kempen itu dimestikan mendaftar di laman web http://www.simedarby.com/switch mulai hari ini sehingga 100,000 unit mentol habis.

sdb

Peserta boleh memilih mana-mana empat lokasi untuk membuat penukaran iaitu galeri jualan Sime Darby di Ara Damansara, Bandar Bukit Raja, Wisma UEP Subang Jaya dan Sime Darby Pavillion di Bukit Jelutong.

Sebagai insentif tambahan, Sime Darby bekerjasama dengan Majlis Tenaga Malaysia [Energy Council of Malaysia (ECOM)] untuk pertandingan bagi rumah yang menunjukkan pengurangan penggunaan tenaga elektrik ketara semalam sepanjang 12 bulan menggunakan mentol jimat tenaga berkenaan.

Kempen ini mendapat kerjasama pengeluar lampu jimat tenaga, OSRAM dan Kualiti Khidmat Alam.

Sumber: 1.Harian Metro 2.Sime Darby Bhd

P/S: Mereka yang terlibat memang patut ambil peluang ni. Harga sebiji mentol ES 18 watt di pasaran +- RM15.00.

P/P/S: Ada orang kata, sekurang-kurangnya 100,000 ribu mentol ini akan menampakkan perubahan penggunaan tenaga, tapi saya kata, TNB tetap perlu bayar IPP jumlah sepatutnya walaupun kita semua bergelap sepanjang tahun!

P/P/S: Untuk peserta yang dah mendaftar. kalau dah guna mentol jimat tenaga ni masih rasa tak kurang juga bil, klik SINI.