Eart Hour 2009

26 Mac 2009

Saya pernah menulis berkenaan benda ni tahun lepas di SINI. Ketika itu, taklah sehangat tahun ni.

Ada orang kata, orang yang kata ye….., “Earth Hour ni nak bagi mesej kat siapa?”. Bagi saya, kalau di Malaysia ni, secara tak langsung sedikit sebanyak mesej ini pasti akan dirasai oleh TNB.

Oleh IzalPutra

Earth HourPada 28 Mac 2009 jam 8.30pm, bandar raya-bandar raya dan bandar-bandar merentasi dunia dijangka akan mengambil tindakan memadamkan lampu-lampu selama satu jam.  ‘Earth Hour’ membawa satu mesej global yang bermakna untuk mengambil tindakan yang mungkin dalam menangani isu pemanasan global iaitu memadamkan lampu secara serentak di peringkat dunia.

Dengan mengambil langkah hanya semudah menutup suis lampu dan menggalakkan bandar raya secara menyeluruh untuk menjalankan tindakan ini, satu mesej yang bermakna dapat dikeluarkan tentang keperluan segera untuk isu perubahan iklim, dan menunjukkan bahawa sejumlah ramai orang berpeluang melakukan satu kelainan.

‘Earth Hour 2009’ dijangka akan menjadi satu panggilan yang berkesan untuk tindakan bagi sejumlah ramai individu, kerajaan dan organisasi perniagaan dalam mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan secara bersama. Bangunan-bangunan ikonik dan mercu tanda merentasi Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika dijangka akan bergelap buat seketika.

‘Earth Hour’ adalah satu pesanan yang mengharapkan satu tindakan. Bayangkan apa yang akan kita dapat lakukan jika kita bertindak bersama?

Sertai ‘Earth Hour 2009’: http://earthhour.org

Sign up for Earth Hour! - I VOTE EARTH: saiful nizam

   Earth Hour 2009 by WWF – Sign up for Earth Hour!


Tarif Elektrik Terkini

1 Mac 2009

Bermula 1 Mac 2009, tarif baru elektrik berkuatkuasa.

1. Menurut TNB, tarif baru ini mencerminkan penurunan harga gas serta mengambil kira peningkatan harga arang batu.

2. Kadar tarif bagi pengguna domestik/kediaman dengan penggunaan elektrik sehingga 200 kwj dikekalkan pada 21.8 sen/kwj.

3. Subsidi kepada pengguna kediaman/domestik yang penggunaannya sehingga RM 20.00 kekal sehingga Disember 2009.

4. Kadar penurunan purata:

Sektor Industri: 5 %

Sektor Komersial: 2.7 %

Pengguna Kediaman/Domestik: 2.54 %

tnb

Klik Jadual Untuk Besarkan

tnb2

Klik Jadual Untuk Besarkan

Sumber: TNB

Kesimpulannya:

1. Penurunan tarif ini tidak memanfaatkan pengguna sederhana di mana bil sebulan di antara RM 20.00 sehingga RM 43.60

2. Bagi pengguna komersial & industri, mungkin dah boleh berkira-kira bagi staff sedikit bonus! (Bonus makan tengahari sekali je la…..)

3. Mungkin disebabkan no. 2, tak nampak lagi harga barangan turun seiring penurunan harga elektrik :(   …. :) .


Setuju Tarif Elektrik Disemak Semula – Malaysiakini

15 Januari 2009
Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya semakan semula harga gas untuk sektor penjanaan elektrik dilakukan dengan segera oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kementeriannya memerlukan tiga minggu untuk menyediakan tarif elektrik yang baru yang selari dengan harga gas baru yang dicadangkan oleh EPU.

”Selaras dengan penurunan harga minyak dan atas keprihatinan terhadap cadangan pihak industri, harga gas yang dijual oleh Petronas kepada sektor elektrik akan dikaji semula dan kadar tarif elektrik akan disemak semula dalam masa terdekat ini.

”Penyelarasan tarif elektrik ini jika boleh dipertimbangkan akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam merangsangkan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Shaziman, pada asalnya kerajaan bercadang untuk mengkaji semula tarif elektrik pada Jun tahun ini untuk dikuatkuasakan sebulan selepas itu selaras dengan kajian semula harga gas kepada sektor elektrik.

”Semasa kenaikan tarif elektrik pada tahun lepas, kerajaan terpaksa menyemak semula harga gas kerana kenaikan harga minyak dunia turut memberi kesan kepada harga gas dan arang batu di pasaran tempatan.

”Semakan semula itu juga sebagai langkah mengurangkan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dan mengambil kira harga arang batu di pasaran dunia yang meningkat secara mendadak,” katanya.

Berlandaskan keadaan pada masa itu, Shaziman memberitahu, kadar tarif elektrik dikekalkan pada kadar sedia ada bagi pengguna-pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 200 kWj sebulan iaitu 21.8 sen/kWj .

”Bagi pengguna-pengguna elektrik antara 201 hingga 400 kWj pula, tarif elektrik yang dikenakan ialah 21.8 sen/kWj bagi 200 unit pertama manakala unit-unit seterusnya pada kadar 34.5 sen/kWj.


Malacca: City of lights (Bandaraya Bercahaya)

29 Disember 2008

Cerita dan gambar: CHEN PELF YEEN – The Star Online

1. Melaka sebagai bandaraya berstatus Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal terkenal dengan jolokan “Bandaraya Bercahaya” or something like that…..

Masjid Selat, Pulau Melaka dihiasi cahaya pelbagai warna

Masjid Selat, Pulau Melaka dihiasi cahaya pelbagai warna

2. Jolokan ini jelas apabila anda memandu sekeliling kota atau menaiki cruise 4 km di sepanjang sungai Melaka.

3. Bagi kebanyakan orang tempatan dan pelancong, pemandangan ini adalah suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan bila mana lokasi popular seperti kawasan Kompleks Stadhuys, Jonker & Heeren Street, deretan bangunan lama yang telah dibaikpulih dan sungai Melaka yang diperindahkan disirami cahaya.
Jonker Street di waktu malam

Jonker Street di waktu malam

Eye On Malaysia yang terletak bersebelahan Sungai Melaka turut dihiasi pelbagai lampu berwarna-warni

Eye On Malaysia yang terletak bersebelahan Sungai Melaka turut dihiasi pelbagai lampu berwarna-warni

4. Idea ini selaras dengan visi KM, DS Mohd Ali Rustam untuk lebih menceriakan bandaraya ini serta mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan, mengambil Paris dan Singapura sebagai model. 

5. Sehingga tahun 2008, 87,946 lampu jalan telah dipasang dan dijangka pada 2010 akan ada keseluruhan 91,946 lampu jalan samada di dalam atau pinggir bandar.
Selain bangunan, pokok-pokok besar juga dihiasi lampu

Selain bangunan, pokok-pokok besar juga dihiasi lampu

6. Datuk Bandar, Yusof Jantan menyatakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah membayar RM800 ribu sebulan untuk bil elektrik TNB atau RM8.4 juta setahun.

7. Walaubagaimanapun masih terdapat rancangan untuk menambah lagi pemasangan lampu di bawah slogan majlis, Bersih dan Indah.

8. RM80 ribu dibelanjakan untuk pemasangan lampu di sesetengah kawasan.

9. Selain mempromosikan pelancongan, kajian yang dijalankan mendapati kawasan yang diterangi cahaya mengurangkan kadar jenayah sehingga 30%.

Saiful: Huh! RM800 ribu sebulan untuk bil elektrik!

 


TNB Terpaksa Bayar IPP “Tenaga Tak Diguna” Tambahan RM500 juta Tahun Hadapan!

14 Disember 2008

Don’t pass the buck, TNB urged (The Star Online)

Petaling Jaya: Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu mencari alternatif lain untuk membayar RM 500 juta kepada pemilik Jimah Power Plant dan bukan membebankannya kepada pengguna, kata FOMCA.

“TNB perlu menguruskan kewangannya dengan cekap dan menyediakan simpanan sendiri apabila menghadapi kerugian”, kata presiden FOMCA, Datuk N. Marimuthu.

Katanya lagi, jika pengguna boleh menguruskan perbelanjaan masing-masing secara berhemah, TNB sepatutnya lebih lagi kerana mempunyai pekerja-pekerja yang kompeten dan berkebolehan menghadapi situasi seperti ini.

Bermula Januari 2009, TNB perlu membayar lebihan tenaga yang tidak diperlukan apabila Jimah Power Plant memulakan operasi. Untuk rekod, pada masa ini, TNB membayar RM 3 billion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Saiful: Ish…ish….ish….  8->