Asal Perkataan ELEKTRIK

thomas-edisonOrang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang……..

 

Hu…hu….hu….. Lawak je…

Sumber asal: cicakcun_83 @ ReSpeKs

 

4 Respons bagi “Asal Perkataan ELEKTRIK”

  1. tajudin Berkata:

    mahal lawak ni, harapnya mr. kalimantang dan keturunannya dibayar royalti
    Saiful:
    Hu…hu…hu…

  2. Najwa Aiman Berkata:

    Fuh lega! Nasib baik nama dia Kulup Kalimantang. Kalau nama dia Kalimantang Kulup??? Naya betul…

    Saiful:

    Hu..hu…hu…hu…

  3. annasru Berkata:

    hahahahuhu. lawak kelas!!

    Saiful:

    :)

  4. IGAT Berkata:

    KENAPA ELETRIK BOLEH MENYALA

    Saiful:

    Elektrik tak menyala, ia mengalir…

Tinggalkan jawapan