LED Jimat 40% Kos Elektrik

Posted: 2 Julai 2008 in Berita Elektrik, Elektrik, Pengetahuan Am, Technical
Label:, , , , , , , , , , ,

EVOLUSI pencahayaan diteruskan apabila inovasi terkini lampu diod pemancar cahaya (LED) dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan lampu fluorescent kompak (CFL) dan mentol tradisional lain di pasaran.

Lampu ini mampu menjimatkan tenaga elektrik kerana hanya menghasilkan tiga watt tenaga selain mampu mengurangkan pemanasan global yang menjadi isu hangat diperbahaskan.

Pengurus Sokongan Aplikasi Pencahayaan Philips ASEAN, Matthew Cobham, berkata lampu LED juga mesra alam kerana sumber pembuatannya tidak mengandungi raksa dan mempunyai jangka hayat lebih lama.

Gambar di atas adalah lampu LED yang bersaiz & bentuk seperti lampu kalimantang 18 watt

“LED adalah inovasi terkini yang mampu melindungi alam sekitar terutama dari kebocoran raksa di samping ia sebagai contoh teknologi yang tidak melupakan tahap efisyen tenaga malah LED adalah jawapan kepada isu peningkatan kos elektrik,” kata Cobham.

Katanya, kestabilan lampu LED membolehkannya tahan lebih lama yang turut mengurangkan kos penyelenggaraan kerana pengguna tidak lagi perlu kerap menukar mentol malah ia 10 kali lebih cerah.

“Saya ingin memaklumkan, jika semua lampu di Asia Pasifik ditukar kepada pencahayaan cekap tenaga seperti LED, bil elektrik akan berkurangan sehingga 40 peratus,” katanya.

Cobham berkata, ia turut mengurangkan kos tenaga setiap tahun iaitu RM195 bilion, mengurangkan 245 ton pe ngeluaran karbon dioksida setahun, 55 juta tong minyak setahun dan mengurangkan 190 tapak pemprosesan tenaga.

Pengumuman Kerajaan Malaysia mengenai kenaikan tarif elektrik membebankan namun dengan lampu LED, ia pe nyelesaian terbaik yang mengurangkan masalah kepada peng guna walaupun kos membelinya agak mahal.

Tambahnya, dari segi hiasan dan rekaan, lampu LED adalah pilihan terbaru kepada pereka untuk dijadikan sumber dalam rekaan mereka.

“Lampu LED sangat bersesuaian sama ada untuk rumah atau pejabat kerana ia memiliki 16 juta warna berlainan malah jika digunakan di dinding, ia memberi warna mengikut ke sesuaian dan boleh ditukar bila-bila masa.

Contohnya, pengguna tidak lagi perlu menukar cat jika mahu warna yang baru tapi cukup dengan menukar lampu LED memberikan kepelbagaian warna dikehendaki di din ding rumah atau pejabat.

Sumber: MyMetro, ledlightbulb.net

Komen-komen
  1. hafiz berkata:

    salam..sy xtau la pnjmatannya tp kalau keterangan cahaya LED mmg puas ati,cahaya lbh jelas dri kalimantang.Kat m’sia dh ada kgunaan spnuhnya LED kt umah ke?sy baru bca artikel ni xsmpat bca artikel ln,tp dh baca psl ltar blkang pmilik blog,sy rs bngga sbb en.saiful ni pkar psl elektrik,sy bru nk bmula,tp blaja psl elektronik.sy akn bca artikel yg strusnya..

    Saiful:

    Di Malaysia, penggunaan LED secara meluas belum dipraktikkan lagi. Yang ada buat masa ni adalah untuk lampu taman mini yang dikuasakan oleh solar. Gambar tersebut adalah produk buatan China.

  2. Bro Gas berkata:

    Tumpang tanye sket…kat mane nak dapatkan lampu LED ni? Dah ade jual kat pasaran Malaysia ke? Berapa pulak harge?

  3. fazli berkata:

    1.sy sekarang di area seremban.blh sy tahu macam mana saya nk dapatkan lampu LED ini di area sy dan senarai harganya…

    Saiful:
    Orang Kompeten di Seremban mungkin boleh tolong En. Fazli…..

    2.Jika sblm ini sy menggunakan lampu kalimantang biasa,adakah perlu ditambah peralatan lain untuk saya menggunakan lampu LED ini dan jika ada berapa harganya..

    Saiful:
    Pada pandangan saya tak perlu, malah mungkin ballast perlu ditanggalkan…

  4. macy berkata:

    LED

    1) We are the manufacture of the LED lights,

    2) Those days, we are starting to sell the high bright LED tube. The value of limens will be going up 20%.

    3) If you have interest to any of our products, PLS just feel free to contact us,

    We will try our best to service you.
    Also welcome to visit our website: http://www.breelighter.com
    Or contact with me e-mail: sales6@breelighter.com
    Chat with me by MSN:breesales6@hotmail.com

    4) If you don’t want me to send you email again, please just inform me by one email.

    Sorry to trouble your work.

    Looking forward your good news for us.

    Have nice a day!

    Ms Macy

  5. Fainonline berkata:

    Saya ada nampak lampu jemana terkenal telah dijual dipasaran Europah, harganya masih Sangat MAHAL!! ..Oleh kerana Harga lampu LED ini masih mahal, apa yang kami buat, beli LED Shark dan LED yang lain tengok pada watt. Kami pasang di semua bilik didalam bilik yang ada, Kami mengunakan Battery Kereta + Panel solar etc..

    Sekarang kami ada pilihan untuk mengunakkan lampu biasa atau led… So senang.. Nak tunggu Lampu LED turun harga, lambat lah.. :( …..

    Saiful:

    Bagus…bagus….bagus….
    buat sendiri je….

  6. Tanpa Nama berkata:

    Lampu Type LED nya belum banyak di kenal di masyarakat umum (indonesia). iklan di Media TV dan Cetak nya belum tersebar luas, mohon informasi nya.

  7. Tanpa Nama berkata:

    kote la encik..mane satu yg betol ni..

  8. Faizan berkata:

    Tube LED boleh dipasang pada lampu kalimantang sedia ada… just disconnect the balast(belacan kata org kampung) tapi harga dia dalam rm100 sebatang.. 10kali ganda dari harga tube biasa.. Saya tgh survey cara nak bawak masuk Malaysia LED dari China dan jual dgn lebih murah.. ada apa info bleh share dgn saya..

  9. Ahmad Faizal berkata:

    Assalamualaikum…….disini saya memperkenalkn Kedai Letrjk Satu Malaysia……yang menjual produk lampu Led dengan harga berpatutan dan murah dari harga paaran…..bole call. 019-2692062…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s