
Malaysia sudah pun terlibat dalam teknologi ini sejak lebih dari 10 tahun. Pihak TNB menerusi agensinya, TNRD telah membuat kajian dan mencuba dibeberapa tempat seperti di Kuarters kakitangan dan komuniti luar bandar. Beberapa pakar dari universiti tempatan juga dalam masa yang sama membuat R&D masing-masing.
Solar panel biasanya merujuk kepada sistem solar water heater (seperti yang dipasang di bumbung-bumbung rumah). Solar module biasanya merujuk kepada sistem solar photovoltaic (PV). Ianya dipanggil module sebab sistem ini adalah modular (boleh dipasang mengikut kapasiti yang dikehendaki samada secara siri atau selari bergantung dengan konfigurasi sistem).
Secara purata hasil dari kajian R&D tempatan, Energy Yield adalah 1,200 kWh/kWpeak/year. Maksudnya, setiap 1 kWpeak solar PV akan menjana 1,200kWh tenaga elektrik setahun. Sekiranya anda menggunakan tenaga 400kWh/month (12 * 400 = 4800 kWh/year), maka kapasiti yang diperlukan ialah (4800/1200) = 4 kWp.
Solar panel sistem pula terdiri kepada 2 jenis, Storage sistem dan juga Grid Connected.
Storage system biasanya mempunyai bateri untuk menyimpan tenaga yang dijana pada waktu siang dan diguna pada waktu malam (juga sebahagian di siang hari). Sistem ini juga biasanya digabung dengan beberapa sumber tenaga seperti janakuasa diesel atau kincir angin atau kedua-dua sekali, yang mana juga dinamakan Solar Hibrid.
Sistem ini telahpun dipasang di beberapa komuniti pedalaman dan juga kini sedang dalam proses dipasang di sekolah-sekolah luar bandar di Sabah & Sarawak yang mana jauh dari grid bekalan elektrik. Pulau-pulau peranginan di Semenanjung Malaysia juga tidak ketinggalan seperti di Pulau Perhentian (Hibrid Solar+Diesel+ angin), Pulau kapas, etc.
Grid connected system pula merupakan sistem yang disambung secara selari dengan bekalan elektrik utiliti (TNB – utiliti company di Semenanjung, SESB – di Sabah dan SESCO – di Sarawak). Sistem ini tidak mempunyai sistem bateri untuk simpanan tenaga. Tenaga yang dijana (sebahagiannya diguna oleh premis itu sendiri) akan disalurkan (export) ke grid utiliti atau dalam erti kata lain, dijual ke grid. Diwaktu malam (atau waktu dimana penggunaan tenaga elektrik melebihi kapasiti yang dijana), tenaga elektrik ini akan dibeli semua (import) dari grid utiliti. Dalam erti kata lain, grid utiliti (TNB) merupakan ’sistem bateri untuk menyimpan lebihan tenaga’. Proses import-export ini berlaku secara automatik tanpa melibatkan sebarang sistem mekaniakal atau switch gear dan dirakam/rekod oleh sistem meter yang mempunyai kemudahan import-export feature.
Sistem grid connected ini telahpun dipasang dibeberapa buah rumah, sekolah dan pejabat kerajaan. TNB pula telah memasang sistem ini di beberapa premis TNB sejak lebih dari 10 tahun dulu sebagai kajian. Kerajaan Malaysia dengan kerjasama UNDP-GEF (Global Environment Facility) sedang bekerjasama untuk memajukan industri ini menerusi projek Malaysia Building Integrated Photo-Voltaic (MBIPV) yang diurus oleh Pusat Tenaga Malaysia (PTM) di Bangi. Projek ini dianggotai oleh pakar tempatan dan luar negara yang diketuai oleh pakar dari TNRD. Salah satu matlamatnya ialah untuk mengurangkan harga pemasangan teknologi PV menerusi insentif-insentif khas termasuk technology transfer. Mereka-mereka yang ingin menyertai program ini (Suria 1000 programme) atau BIPV demo programme, bolehlah menghubungi PTM. Maklumat projek dan aktiviti ada di sini atau sini. BIPV bermaksud sistem solar PV ini diintegrasi dengan sistem struktur bangunan. Contohnya, module PV tersebut menjadi sebahagian dari bumbung bangunan (atau di negara beriklim sejuk, sistem ini diintegrasi dengan bumbung dan juga dinding bangunan).
Untuk makluman, sistem ini telah dipasang di;
a) Bangunan Pusat Tenaga Malaysia PTM ZEO (Towards Zero Energy Office building) di Bangi (Maklumat lanjut di sini atau sini.)
b) Sekolah Menengah Sri Aman, Petaling Jaya.
c) Beberapa rumah di Presint 16, Putrajaya.
d) Bangunan HQ Putrajaya Perdana, Precint 16, Putrajaya
e) Beberapa rumah milik persendirian di sekitar Kuala Lumpur, Subang, Semenyih, Melaka, etc.
f) Bangunan Suruhanjaya Tenaga Malaysia Sustainable Building, Precint 2, Putrajaya (sedang dalam pembinaan)
g) Sedang dalam proses – pihak pemaju perumahan dan beberapa rumah persendirian (mungkin anda salah seorang yang berminat, boleh mencuba)
Mengenai harga sistem BIPV ini ianya bergantung dengan teknologi yang digunakan samada module Polycrystaline, Monocrystaline atau Amorphous (thin film). Secara umum, harga pemasangan sistem BIPV (lengkap dengan pemasangan termasuk inverter) adalah dalam RM23-25K / kWpeak. Harga ini menurun dari tahun ke tahun. Tahun lepas adalah RM 28K/kWp. Rules of thumb, jika anda ingin memasang 4 kWp BIPV, maka anggaran kosnya ialah RM23,000 X 4Kwp = RM92,000. Harganya mungkin lebih tinggi jika ianya dibuat tanpa merujuk kepada pakar BIPV atau MPIA (Persatuan Perusahaan Photovoltaic Malaysia). Di Malaysia, hasil dari kerjasama pihak kerajaan, universiti tempatan, TNB dan SIRIM, telah diwujudkan satu standard pemasangan sistem PV. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan salinan dari SIRIM (Department of Standard).
Selain itu, kepada mereka-mereka yang berminat untuk menceburi bidang BIPV, bolehlah mengikuti kursus kompentasi anjuran Pusat Tenaga Malaysia-MBIPV projek di Bangi. Kursus ini meliputi latihan teori, praktikal dan ujian. Untuk pengetahuan, pihak PTM-MBIPV dan MPIA mendapat kelulusan/akreditasi dari badan antarabangsa untuk menganjur kursus tersebut. Maklumat lanjut di sini.
Untuk pengetahuan, terkini ada 2 syarikat international sedang dalam proses membuka kilang PV module di Malaysia. Satu di Kulim (First Solar) dan satu di Dengkil-Cyberjaya (3 minggu lepas ada iklan pengambilan pekerja dalam akhbar). Dikhabarkan terdapat satu lagi syarikat international dari US sedang berunding untuk masuk ke Malaysia. Kita berharap dengan adanya kemajuan dalam industri ini, maka kos pemasangan akan menurun menjadi viable. Sama sperti, industri telefon bimbit dahulu. Dulu cuma tokeh balak / org kaya / company sahaja yang mampu memiliki telefon mudah alih (sebesar tong gelen – ATUR) yang berharga berbelas ribu ringgit. Kini, harga telefon bimbit yang baru boleh serendah RM99. Itu belum lagi yang 2nd hand. Budak sekolah pun mampu beli.
Sumber: asetip / melayu-trade





2 Julai 2008 at 16:47
Boleh email saya dimana syarikat yang menjual alat solar di rumah, saya berminat nak tau harga dan cara pasang
email saya trimuda@gmail.com
fauzi
Saiful:
Saya tak pasti ada mana-mana syarikat dah buat benda ni, tapi saudara boleh rujuk
kepada En. Zul di http://www.zulldesign.com.my/. Di website ini ada semua maklumat
berkenaan En. Zul.
Agensi Berita Bernama pernah melaporkan saudara Zul berkata;
“Saya nak buktikan dengan bermodalkan RM100,000, anak tempatan boleh membina sebuah rumah solar yang menggunakan sepenuhnya tenaga matahari,”. Beliau telah membuat kajian hampir 10 tahun lepas.
15 Julai 2008 at 13:34
assalamualaikum…
saya ab rani, pengajar kolej komuniti kuantan
saudara ada membuat kajian lain mengenai tenaga solar yang memerlukan bantuan saya berminat untuk turut serta.
jika ada emailkan kepada saya : ebby_2k@xxxxxxx.com
Saiful:
Waalaikumsalam….
Saya tak buat kajian berkenaan tenaga solar, saya hanya meng”google” maklumat untuk pengetahuan sendiri dan pembaca. Seperti yang telah saya jelaskan kepada saudara Fauzi, mungkin saudara boleh berhubung dengan Saudara Zulkifli Haron, perekacipta kita.
21 Julai 2008 at 19:02
wahhhhh bagus la niche blog neh. hehe
Saiful:
HA…ha…ha… Ya ke?…
NICHE tu apa? ha….ha….ha….ha….
23 Julai 2008 at 10:52
Assalamualaikum.
Saya beminat dengan solar sel. Boleh tolong beri maklumat dimana saya boleh dapatkan solar sel dan litar cara pemasangannya sekali.
Saya ingin mencuba yang paling mudah dan harga yang berpatutan.
terima kaseh.
Saiful:
Walaikumsalam… Untuk mendapatkan kit “Do It Yourself” solar sel, saya cadangkan Puan cari & beli, jika di sekitar KL ni di kawasan Jalan Pasar Pudu, pada hari bekerja, 9 pagi – 5 ptg. Kebanyakan kedai tutup pada hujung minggu. Di situ terdapat banyak kedai menjual pelbagai jenis kit DIY elektronik berharga lebih kurang RM10 ~ 50 (Kandungan kit lengkap dengan gambarajah pemasangan, papan litar elektronik dan aksesori) . Jika ada (solar kit), kit seperti ini hanya boleh menyalakan mungkin LED atau mengecas bateri (namun sesuai untuk pembelajaran & kajian). Kalau puan di luar KL, kalau saya ada masa nanti saya tolong cari-carikan…..
26 Julai 2008 at 00:58
Saudara saudari sekalian, saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam sistem solar elektrik yang mampu menjana 1W 3.5V power solar cukup untuk 15x 5mm LED, mengecas AA Nimh battery dalam masa 2jam, atau menjalankan DC motor atau kipas DC kecil. Saya dapat solar cell ini dari PG SOLAR online dengan harga termasuk pengahantaran Pos Ekspres yang berpatutan.
Sila hunbungi PG SOLAR ENTERPRISE, mereka menjual macam macam “DIY solar component” produk solar dengan harga yang berpatutan ke semua negeri di seluruh Malaysia. Sila hubungi Emel: pg.solar@gmail.com untuk keterangan lanjut…
Saiful:
Info yang bagus dari Michael! Mungkin michael boleh nyatakan alamat dan no telefon PG Solar Enterprise untuk pembaca terus berurusan, maklum saja, benda2 online ni orang susah sikit nak letak kepercayaan….
28 Julai 2008 at 22:08
“DIY solar 1W” yang dijual oleh PG SOLAR biasanya untuk tujuan pendidikan atau hobi persendirian. Mereka juga menjual solar panel profesional dari Jepun yang sesuai untuk sistem lampu tenaga solar di rumah.
Syarikat ini terletak di Bayan Lepas, Penang. Telefon: 012-5656828 (Mr.Peter Goh)
Saiful:
Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi terus Mr Peter Goh.
29 Julai 2008 at 18:46
assalammualaikum…
saya ingin membuat projek mengenai sistem solar untuk projek akhir tempat pengajian saya..
saya ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan solar sel dan litar yang berkenaan..
saya ingin melakukan projek lampu isyarat yang menggunakan sistem solar tapi masih tidak tahu untuk mendapatkan litar yang sesuai…
harap dapat membantu
1 Ogos 2008 at 17:42
boleh terangkan dengan lebih terperinci tak pasal tenaga solar ni…
Saiful:
Klik sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_power
3 Ogos 2008 at 02:05
saya berada di melaka tetapi berminat membeli barangan DIY berasaskan solar energy. jadi boleh kah en saiful membantu. terima kasih
Saiful:
Sila hubungi PG SOLAR ENTERPRISE, mereka menjual macam macam “DIY solar component” produk solar dengan harga yang berpatutan ke semua negeri di seluruh Malaysia. Sila hubungi Emel: pg.solar@gmail.com atau Telefon: 012-5656828 (Mr.Peter Goh) untuk keterangan lanjut…
3 Ogos 2008 at 11:39
ada sapa sapa dah buat re-search tetantang buat kereta menggunakan tenaga solar?? Please… send to my email address ihatejohan@yahoo.com.
Saiful:
Diharap ada yang boleh membantu En. Johan….
5 Ogos 2008 at 19:14
Saya dah contact PG solar tersebut tetapi agak kurang yakin kerana perbezaan jauh penang dan melaka. saya gemar beli sendiri di kedai2. Jadi boleh tak en. saiful jelaskan dengan detail kedai2 solar yg terdapat di jalan pudu itu. seperti contoh nama kedai, lokasi bersebelahan dgn ape dan sebgainya. atau melaka ada tak kedai2 solar DIY??
thanx in advanced
Saiful:
Di Jalan Pasar Pudu tersebut bukan hanya menjual barang2 solar. Di kawasan tersebut, boleh dikatakan pusat penjualan peralatan elektronik, spare part elektrik & elektronik & perkara2 yang sewaktu dengannya.(deretan kedai….). Cuma saya pernah ternampak kit yg pernah saya sebut sebelum ni (tak ingat kedai mana, tapi ketika mencari barang yang kita nak, kalau kedai ahso takde tanya dia mana boleh dapat, kemungkinan besar dia tahu, boleh rasa keseronokan masuk dari satu kedai ke kedai yang lain). Melaka, saya tak tau pula…. Kalau saya kebetulan ke jln pasar, saya cuba mark kedai mana…
11 Ogos 2008 at 14:12
sy wat thesis sal tng solar utk pengeringan rumpai laut..
nk wat model la.
tg la kasi additional info yg best2 sket..
mmg jalan pasar pudu ade jual bebarang 2 sume?
mekaseh
21 Ogos 2008 at 13:18
Saiful boleh explain jalan pasar pudu itu di mana?
adakah behadapan dgn kota raya?
sepanjang petaling street ?
di sekitar pasar seni ?
kl central ?
saya akn pergi cari
24 Ogos 2008 at 02:22
Pembelian ONLINE lebih mudah
Shopping la di -> http://scorigin.com/home
Lebih banyak produk solar yang menarik !!
http://scorigin.com/home
Saiful:
Info yang berguna. Tq.
5 September 2008 at 09:18
di banyak maklumat boleh didapati dari http://www.zulldesign.com.my, cuma kalau tak silap saya sistem solar yang mereka bangunkan bernilai RM 45,000.00, tinggi bagi individu kecil. Saya fikir beberapa universiti telah membuat penyelidikan berkenaan tenaga solar antaranya UTM dan Uniten yang membangunkan basikal dan kereta solar. Maklumat lanjut mungkin boleh didapati dari Fakulti Kejuruteraan universiti berkenaan. Walaumacamanapun saya berbesar hari sekiranya ada mana-mana kumpulan pelajar yang berminat untuk membuat kajian berkenaan tenaga solar untuk menghubungi saya. Saya bukan individu mahir bidang ini tetapi saya menaruh minat tinggi terhadapnya dan sedia menjadi penaja kepada kajian para pelajar. Saya boleh dihubungi melalui e-mail di atas ataupun talian 013-3406972. Harga pasaran untuk Street Light di negara ini purata sekitar RM 6000 ke RM 12,000, masih terlalu tinggi mungkin kerana tknologi ini masih terlalu awal untuk kita juga mungkin disebabkan komponen yang mahal atau nilai kajian itu sendiri. Saya ada satu soalan bagi yang boleh membantu: Berapakah kuasa yang perlu dihasilkan oleh panel solar untuk mengerakkan sebuah water pump eletric bersaiz kecil?
10 September 2008 at 12:31
Ya, saya beli dari http://www.scorigin.com and produks nya bagus! I aku recomend solar spotlight nya! Sangat terang dan boleh tahan 12 jam!
17 September 2008 at 22:34
salam, nak tnya, ade x lg solar technology yg lain yg digunakan di Malaysia ni selain PV system?
18 September 2008 at 06:59
Salam En norakir nordin
*quote : Saya boleh dihubungi melalui e-mail di atas ataupun talian 013-3406972*
email nya tiada di beritahu
24 September 2008 at 15:02
Thanks Diamond for SCORIGIN!
I buy their solar spotlight, very good! High recomend!
Saiful:
Iye!… Brape harga?
4 Oktober 2008 at 11:40
I buy few solar light from SC Origin (M) Sdn Bhd, services are excellent! Products are great! Highly recomended!
Cheers! Go green and save the environment!
Saiful:
I go green by planting more and more plants in the house!
13 Oktober 2008 at 17:02
Saya beli SC413 for RM198, free delivery to Kuantan.
15 Oktober 2008 at 00:05
Zaki , Kakak Ng – boleh la snap picture of your solar light at nite – boleh tengok macam mane terang dia .. upload link gambar
Saiful:
Betul tu.
kalau boleh, emel gambar tu & spec/manual kat saya, nanti saya post kat sini.
24 Oktober 2008 at 12:14
http://www.solarlightindia.com/solar_spot_light
Saya punya gambar dalam website SCO.
Saiful:
Gambar spotlight, bukan gambar kaka.ng ya….
Nampak cute spotlight tu….. Ada senarai pengedar selain di Utara?
5 November 2008 at 12:30
Salam
sekarang sya sedang menyiapkan projek akhir saya iaitu berkaitan dengan penggunaan tenaga solar. untuk memhasilkan litar inverter adalah saya memelurkan tranformer step-up untuk menukarkan voltan 9v kepada 240v….
7 November 2008 at 20:39
aini – project berkaitan ape tu? boleh dikongsi bersama ? kerana saya juga sedang membuat thesis berkaitan solar – email di railmalacca@gmail.com
5 Disember 2008 at 11:19
saya kadangkala terfikir, kenapa kita tidak gunakan tenaga ini sebagai satu sumber tenaga baru secara meluas seperti di Jepun dan lain2 negara maju.. sedangkan kita di berikan panas sepanjang tahun.. saya rasa kita punya tenaga matahari yg cukup untuk menjana tenaga elektik secara meluas.
Saiful:
Faktor kos yang tinggi adalah halangan utama……
23 Disember 2008 at 10:03
Saya ada gak wat research, tapi teori je setakat ni. Saya cari informasi dari segi kos dan kapasiti di Jalan Pasar Pudu. Tapi, saya rasa masih terlalu mahal dan perlu masa yang terlalu panjang untuk cost recovery. Pada saya, buat masa ni, klu setakat hobi tu boleh la buat. Klu setakat nak buat lampu hiasan taman tu pun ok gak. Klu nak buat untuk aircond kat rumah, masih terlalu mahal lagi. Solar cell tu yang paling mahal (mungkin kalu dah localy made boleh murah kot), walaupun yang made in China yang di jual kat Jalan Pasar tu. Klu nak pakai kuasa angin, dinamo tu pun mahal gak kot… Tapi kalau untuk hobi, boleh la…
5 Januari 2009 at 21:52
aini leh x share information megenai projek manggunakan tenaga solar… email kat sy kat Huluhala_85@yahoo.com
Saiful:
Ha…. Jawab aini…
6 Januari 2009 at 00:36
Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan tenaga solar di rumah, sila layari website PTM (http://www.ptm.org.my/ > Programmes > Renewable Energy > Building Intergrated Photovoltaic). Pusat Tenaga Malaysia (PTM) ini telah menyediakan service provider kepada sesiapa yang ingin memasang sistem tenaga solar di bangunan pekerjaan atau kawasan kediaman.
BTW, Thanks Khairil… saya dah beli ler solar spotlight tu… memang bagus… Sekarang looking forward untuk beli product solar security spotlight pula…
7 Januari 2009 at 15:43
Baru beli solar spotlight dari SC Origin, terang lampu it and servis pun bagus. Nanti ada bajet akan beli solar floodlight.
Saiful:
Good to hear……..
31 Januari 2009 at 22:58
Salam En. Saiful,
Saya mewakili projek MBIPV berterimakasih atas maklumat yang disediakan oleh saudara tentang projek Nasional ini. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang BIPV di Malaysia sila lawati laman web kami : http://www.mbipv.net.my/BIPV%20Installed.htm. Keep up a good work!!
Saiful:
Salam….
Sekadar memanjangkan…..
5 Februari 2009 at 12:10
Radhiha,
Saya rasa BIPV telalu mahal bagi kita. PTM susidi 50%, sekurang2 kita mesti ada RM30k untuk modal BIPV. Bank tak akan pinjam duit it. Orang kaya mungkin boleh, bagi saya tak mampu.
Tapi, bagi saya lebih baik beli lampu suria dari SC Origin.
Saiful:
Saya pun tak mampu…….
13 Februari 2009 at 12:48
Saya seorg pelajar,politeknik nak baut projek tentang tenaga solar,,, oleh itu saya nak bajet brapa kos,, untuk menghasilkan,,sesuatu projek dari sistem solar,,,dalam projek tahun akhir sayer.
1. kos
2. sistem penjanaan tenaga
3. dimana produk dan bahn itu sayer boleh perolehi
4. secepat mungkin
Saiful:
Cuba tgk kat sini:
http://www.mbipv.net.my , minta tolong ngan mereka…..
15 Februari 2009 at 04:49
Hello, saya asal dari Sarawak dan nak pasang Tenaga Solar atas bumbung rumah panjang yg boleh support satu TV 29″ dgn astro. Di mana saya boleh dapatkan product ini dan berapa anggaran kosnya?
Saiful:
Saya tak pasti, tapi cuba pergi web berikut dan bincang dgn mereka yg berkenaan:
http://www.mbipv.net.my/BIPV%20Installed.htm.
http://www.ptm.org.my
http://www.zulldesign.com.my
23 Februari 2009 at 12:31
saya sedang membuat kajian mengenai pembinaan tiang lampu jalan raya berkuasa solar
di mana saya boleh dapatkan jawapan berkaitan material, kos dan kelebihan kuasa solar ni
Saiful:
1. http://www.mbipv.net.my
2. http://www.zulldesign.com.my
3. http://www.ptm.org.my
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_power
2 Mac 2009 at 12:14
salam…
kalau x keberatan,boleh suadara share dgn saya mengenai bekalan kuasa yang menggunakan panel solar.
saya merupakan seorang tenaga pengajar dimana terdapat modul yang berkaitan dengan panel solar untuk diterangkan..
harap saudara dapat membantu…thanks…
4 Mac 2009 at 13:30
Senang saja, pergi http://www.scorigin.com
You boleh beli solar panel, charge controller, LED, etc.
9 April 2009 at 15:46
boleh tlg bagi maklumat kpd sy dimana nak beli alat solar kit yg harga murah utk pendidikan sprt solar panel, charge controller, bateri, dc-ac inverter, cable dn sbgnye… sy dr pekan, pahang.tq
14 Jun 2009 at 09:38
Satu maklumat tambahan bagi saya.
kepada saudara2 yang berminat, untuk membuat solar panel dlm menghasilkan elektrik, sebenarnya sgt mudah dan lebih murah berbanding membeli dari syrkt2 yg sdh siap sedia. saya telah membuat sendiri solar panel (36 sel 3″x6″) yg menghasilkan lbh 60W; 18v (sesuai utk recaharge battri 12v) dgn kos kurang RM400.00.
Apa yg anda perlukan ialah sedikit kemahiran dlm memasang solar panel dari sel-sel solar. Di ebay sekarang banyak jual sel-sel solar dgn murah.Awal mac 2009 sya telah membeli 108 sel solar (3″x6″) dengan harga lbh kurang usd128.00 (termasuk penghantaran). 108 sel solar ini boleh menghasilkan 3 panel solar (yg setiap satu blh menghasilkan lbh 60W. Jadi kalau calculate 3 panel X 60w = 180w. Dan solar ini boleh bertahan lebih 15 tahun…
Justeru, semua orang sebenarnya boleh membuatnya & boleh menjimatkan penggunaan elektrik rumah masing2. Sila cari DIY untuk ini dan invest sikit dgn belajar sendiri.
p/s: kalau sya berkesempatan mengunjungi blog ini semula, sya akan melayan pertanyaan sekiranya ada. Bagaimanapun, sedikit masa lagi sya akan letakkan tutorialnya dlm blog sya… tq.
Saiful:
Bagus….bagus….bagus…….
clyde boleh dihubungi melalui: info@2icv.com
18 Jun 2009 at 14:41
Bagaimanakah pemasangan solar dilakukan ?
(Tolong bagi maklumat kerana penting untuk kami)
1 Julai 2009 at 16:34
skolah saya skarang ni nak sertai pertandingan bot solar.kat mana boleh saya dapatkan sel solar yang murah tetapi effektif?kalau boleh nak pembelian melalui pos.lg satu berapa sel solar yang diperlukan untuk buat bot solar yang berukuran 0.5m?
Saiful:
Hubungi clyde melalui: info@2icv.com
3 Julai 2009 at 16:02
http://www.scorigin.com/solar_panels__power_generator
Mereka jual “high efficiency” solar cell and harganya agak murah jika beli banyak biji. Saya beli 4 biji 20W solar panel setaip RM398. Kualitinya bagus juga!
Saiful:
Walaupun harganya agak tinggi, well… it will take long time to see lower price….
25 Julai 2009 at 11:58
Saya,suhasan sangat berminat mengenai solar cell punya projek-projek yang simpal dan murah sertakan cirkit-cirkit untuk kami sekumpulan gang kami.sekian dari kami.regds,inteligent guys for sollar cell inventer.
27 Julai 2009 at 10:28
hebat……tu…..
13 Ogos 2009 at 11:48
assalamualaikum tuan boleh berikan alamat kilang solar di dengkil-cyberjaya yang di iklankan tq.
21 September 2009 at 16:21
boleh beli DIY kit dari http://www.solarpower-mart.com
21 September 2009 at 16:22
http://www.scorigin.com
13 Oktober 2009 at 20:07
x de ke pasal matlumat kereta solar??????????????
13 Oktober 2009 at 20:15
saya pun x berape fhm pasal kuasa solar boleh sesiape tolong terangkan???
13 Oktober 2009 at 20:17
kenape x de pasal kereta solar ye???!!
26 November 2009 at 10:03
saya nak tanya ada x saiz solar separuh tapak tangan?
berapa angaran harga?
12 Disember 2009 at 12:59
Salam Bro & Sis,
Buat masa ini, saya cadangkan sesiapa saja yg berminat dgn sistem solar & ingin mggunakan tenaga ini utk kegunaan hari, sila bermula dgn peralatan kecil spt mengecas bateri “mobile phone”, lampu suluh dan beteri2 kamera dsbgnya. Kerana kos pemasangan & peralatan, alatganti serta penyelenggaran (terutama utk bateri) adalah terlalu tinggi bg kegunaan bekalan elektrik di rumah.
1) Sbg contoh bg kegunaan 1kW selama 8jam adalah RM34,000. 2)Dan adalah bagus (guna tenaga solar) jika setiap bulan kita boleh berjimat minimum RM400 bil elektrik, baru berbaloi. 3) Kos bg 3 lampu kalimantang pgunaan selama 8jam sehari adalah antara RM7000-8000 (tidak termasuk penyelenggaraan setiap 2 tahun). 4) Penggunaan inverter bagi bekalan elektrik di rumah/kedai adalah tidak praktikal kerana tenaga dari DC ke AC akan hilang sebanyak 45%. Lebih baik mggunakan peralatan elektrik DC.
18 Disember 2009 at 17:33
Terima kasih kepada pemilik blog dan semua yg berkongsi maklumat di sini. Saya juga amat berminat dengan panel solar. Selain itu saya juga sedang mengumpul maklumat dan belajar serba-serbi berkaitan elektrik dan pelbagai teknik menjana elektrik. Jika ada lain-lain pautan yg difikirkan sesuai, silalah maklumkan kepada saya.
Dari pembacaan saya yg lepas-lepas, untuk membina panel solar sendiri memang mahal, selain keterbasan ilmu dan bahan. Mau atau tidak, kena beli pasang siap.
Saya juga sedih sebab tak banyak site berbahasa melayu, melainkan bahasa indonesia. Kenapa tiada perpustakaan online? Kita bebas untuk membaca apa-apa maklumat yg diperlukan tanpa perlu membazir masa ke perpustakaan, wang untuk membeli kad pinjaman, meminjam buku dan sebagainya. Dgn perpustakaan online, kita mudah mencari subjek yg dikehendaki dan mendownload atau membaca terus. Ia tak ia pun perpustakaan memang meminjamkan buku secara percuma.
Opss…. lari tajuk.