Jika sebelum ini saya pernah tulis berkenaan pertandingan jimat elektrik di Singapura, cerita kali ni pula di Texas, Amerika Syarikat.

Syarikat pembekal utiliti, TXU Energy telah melancarkan TXU Energy Power Saver Challenge iaitu satu rancangan realiti yang unik terbuka kepada penduduk Texas. Pertandingan ini direka sebegitu rupa bagi menggalakkan penduduk Texas menyedari dan berkongsi cara-cara baru menguruskan dan menjimat penggunaan dan kos elektrik. Di samping mendapatkan pengetahuan, hadiah-hadiah menarik disediakan.
Tiga peserta akhir akan diadili dengan cara undian di laman web dan oleh pakar tenaga untuk hadiah utama berupa US$ 30 000.00. Hadiah bagi 15 peserta separuh akhir ialah US$ 5 000.00.
Sekali lagi,
p/s: Kalaulah…. TNB boleh salurkan sikit keuntungan taja pertandingan macam ni……
Kalaulah……..
p/p/s: Tarif elektrik baru mulai Julai 2008
Sumber asal: www.gotxu.com/powersaverchallenge





13 Jun 2008 at 15:13
Elok dikembalikan LLN…..lembaga letrik negara, baru lah boleh kata subsidi diberi kepada yang perlu atau kekalkan TNB kemudian 200 Kwj pertama diberi percuma.