Cepatkan Waktu Negara 1 Jam, Boleh Jimat Elektrik

Posted: 20 Mei 2008 in Berita Elektrik, Elektrik, Pengetahuan Am, Technical
Label:, , , , , ,

Islamabad: Kabinet Pakistan pada 14 Mei 2008 telah mengumumkan pelan kontrovesi bagi membendung krisis kekurangan bekalan elektrik di negara tersebut. Langkah utama ialah dengan mempercepatkan waktu (jam) sebanyak 1 jam dan mengarahkan penutupan pusat-pusat perniagaan pada pukul 9 malam.

Menteri bertanggungjawab, Pervaiz Ashraf (Menteri Tenaga & Air) berkata, pelan tersebut akan menjimatkan 500 megawatt elektrik. Beliau juga berharap masalah yang dihadapi akan dapat diatasi dalam masa setahun dengan cara menambah 1200 megawatt elektrik melalui penswastaan penjanaan tenaga dan rundingan untuk mengimport 1100 megawatt dengan Iran.

Ringkasan pelan penjimatan yang dirangka:

1. Semua pusat-pusat perniagaan, pusat beli-belah ditutup pukul 9 malam

2. Mempraktikkan amalam Daylight Saving bermula Jun 2008

3. Tiada peruntukan elektrik untuk menyalakan papan tanda termasuk papan tanda neon

4. Munutup penghawa dingin di semua pejabat kerajaan termasuk pejabat perdana menteri dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi

5. Menyalakan hanya 50% dari keseluruhan lampu jalan

6. 200 megawatt elektrik yang dihasilkan oleh janakuasa kapal laut disalurkan ke Karachi

7. Memasang 1 juta biji mentol jimat tenaga ke seluruh Negara

8. Menubuhkan jawatankuasa pemantau bagi mengesan kebocoran elektrik

Hmmmm….. Rasanya boleh buat di Malaysia tak? Fikir-fikirkanlah!

Komentar
  1. Mamak Penang berkata:

    Weblog Hang memang bagui,tapi sayangnya blog-blog berunsur ilmiah orang malaysia dah tak berapa minat.Tapi ,hang jangan putus asa. artikel-atikel begini tak ramai yang ingin tulis.Bayangkanlah dalam satu survey cuma 6 buku saja orang malaysia baca dalam setahun.Mamak harap hang teruskan usaha hang!.Jangan bosan pasai orang tak kunjung!.Orang Melayu sekarang hanya minat politik dan Sex saja!.Mamak ucapkan syabas kat hang!.Orang seperti hanglah satu hari nanti majukan Bangsa Melayu!.

    Saiful: Terima kasih abg mamak. Insya-Allah saya akan teruskan selagi terdaya. Hari ni dapat tempat pertama Blog Paling Cepat Tersebar (WordPress). Mohon abg mamak & sesape je doakan supaya saya diberi kesempatan untuk terus menaip!

  2. Nazrul berkata:

    Waktu standard Pakistan buat masa ini ialah GMT+5. Jirannya (juga musuh ketatnya) India, GMT+5.5 dan bekas wilayahnya Bangladesh GMT+6. Jika kerajaan Pakistan jadi menganjakkan waktu sebanyak 1 jam, waktu standard Pakistan akan berubah kepada GMT+6; sama dengan Bangladesh dan 30 minit kehadapan berbanding India!

    Dan saya belum nampak apa yang signifikan kalau nak diubah waktu standard Malaysia daripada GMT+8 kepada GMT+9.

    Saiful: Betul tu. Takde maknanya ubah pun…

    Komen untuk (2): Sama ada daylight saving relevan utk negara seperti Pakistan yg sebahagian besarnya di selatan Tropic of Cancer dan hampir dengan Khatulistiwa? Kalau untuk Malaysia lagilah tak relevan, sebab betul-betul hampir dengan Khatulistiwa; siang dan malam hampir setara sepanjang tahun.

    Saiful: Tak berapa setuju (pada pendapat saya la….). Dunia dah berubah; ie: iklim & mungkin peredaran bumi. Tak caya? Cuba perhatikan untuk 2008, awal tahun ni, pukul 7.30 pm dah gelap. Untuk 2007, dari pertengahan tahun hingga hampir hujung tahun, 7.30 pm masih terang. Note: Saya tak ambil kira waktu pagi cepat terang atau tidak pasal biasanya waktu pagi tak pernah kisah gelap lagi atau dah terang! hu…hu..hu…

    Komen untuk (4): Untuk bahagian utara Pakistan mungkin sesuai, kerana winter, spring & autumn sudah cukup dingin, tetapi bagaimana wilayah selatan yang panas sepanjang tahun seperti Karachi (dan juga negara khatulistiwa seperti Malaysia)?

    Saiful: Mungkin boleh (untuk pejabat yang tidak melibatkan org awam bertandang), buka la tingkap. Lagipun antara pukul 8 – 11 pm tak ramai lagi yang cergas kot…. hi..hi…hi….

    Komen untuk (5): What?! Saving energy cost at the expense of safety and security costs?! Are they nuts?!

    Saiful: Tak…. 50% boleh ditakrifkan seperti menyelang-selikan nyalaan lampu jalan, cukup terang apa….. Kalau dilihat di Malaysia, bukan setakat selang-seli, kekadang 1 line tak nyala! ha…ha…ha…

    Komen untuk (7): Haramkan aje mentol 100 watt. Sesiapa yang didapati membuat, mengedar, menjual, memiliki atau menggunakan mentol 100 watt hendaklah dihukum makan mentol tersebut!

    Saiful: Yang ni aku setuju, tapi sebelum tu kena la kerajaan kawal kemasukan mentol efisien tenaga yang….korang paham2 la ye….

    Komen untuk (8): Berapa banyak mau jawatankuasa pemantau lagi daa… berapa banyak mau suruhanjaya lagi daa??? :-p

    Saiful: Tak perlu nak pantau2, “bagi” je karen kat pencuri2 elektrik! hu..hu….hu…

  3. Mamak Penang berkata:

    Saudara saiful,setelah mamak pikiak mamak rasa kebanyakan tenaga iaitu “True Power”hilang begitu sahaja di malaysia.Contoh nya lampu kalimantang (Fluorescent tube)yang kita gunakan tidak terdapat ciri-ciri “Power Factor”corrective action (iaitu tidak dipasang Capacitor untuk power factor correction).

    Saiful: Biasanya, lampu kalimantang yang tidak dilengkapi kapasitor berharga lingkungan RM 8.00 hingga RM 20.00. Sebagai juruteknik elektrik, biasanya saya akan rekomen yang berharga RM 35.00; ia berkualiti, kurang loss pada choke, dilengkapi kapasitor dan tahan lama. Dapatkan nasihat pakar berkenaan elektrik!

    Kabel yang digunakan oleh TNB terlalu kecil ukur kelliling untuk jimat jadi true power hilang begitu sahaja(dan dasar TNB mengenakan Penalti Pf correction adalah ketinggalan zaman)Dan pemasangan Capacitor Bank adalah satu pembaziran.

    Saiful: Saya tiada komen berkenaan perkara ini!

    Bagi pendapat mamak pembaziran kuasa letrik banyak bergantung pada punca dimana kita dapatkan tenaga ini.Kalau kita gunakan minyak untuk janakuasa ia adalah satu pembaziran kerana jika permintaan tenaga tambah kegunaan bahan bakar minyak perlu ditambah.

    Saiful: Saya setuju, malah mencemarkan alam!

    Kalau gunakan lebih sumber alam seperti Hidero elektrik mungkin ini tak jadi masalah.

    Saiful: Hidro elektrik juga ada masalah konflik dengan manusia & alam sekitar. Klik SINI dan SINI untuk lihat contoh.

    Oleh kerana Pihak kerajaan telah pun swastakan syarikat-syarikat pengeluar letrik mereka dah jadi macam kilang di mana lebih banyak produk lebih menguntungkan.Jadi mereka tak ambil pusing walaupun mereka tahu!.kerana apa kalau depa rugi rakyat tanggung kalau untung depa punya!.Jadi kempen menjimatkan letrik dah habis modal dah!

    Saiful: Malas nak komen.

    Sekarang siapa pakai lebih dia dapat subsidi…Kalau nyalakan lampu waktu malam dapat subsidi dari TNB.Hang rasa depa mau tukar time..walau pun itu idea yang bagus?………

    Saiful: Kenyataan ini hanya sesuai dan memang untuk pengguna industri di mana terdapat insentif jika menggunakan elektrik di luar waktu puncak. Rujuk SINI.

  4. udin berkata:

    aiman tak kisah!!!!

    Saiful: ??????

  5. Dr. Ariffaizal berkata:

    Salam. Malaysia dah lama cepatkan waktu hingga menimbulkan kontra versi. Antara asalan ketika itu ialah “Takut tak sempat nak solat subuh”. Tapi alhamdulillah, sekarang ni OK je. (Melayu mudah lupa…)

    Saiful: Hu…hu….hu…. ;)

    Waktu di Malaysia sekarang ialah GMT +8. Berbanding dengan Pulau Jawa, Sumatera, Thailand, Filifina, Brunei, Vietnam, Combodia GMT +7.

    Percaya tak, waktu di Malaysia adalah menyamai Hong Kong ( GMT +8 ) yang jauh di timur! Jadi bursa saham Malaysa, Singapura dan Hong Kong dibuka dan ditutup serentak.

    Saiful: Betul….betul….betul…. :)

    Beberapa tahun selepas Malaysia mempercepatkan 1 jam, Singapura pula ikut sekali. Jadi Malaysia dan Singapura tidak perlu menjalankan kempen jimat elektrik seperti Thailand dan Brunei (Indonesia dah lama guna sistem catu tenaga).

    Saiful: Cepatkanla….berapa jam pun, sama……je Hu….hu….hu…. ;)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s