Sumber: Harian Metro

Difahamkan mangsa dari bahagian perubatan JPA3 Wilayah Persekutuan ketika itu mengiringi 27 pelajar sekolah mendaki lokasi Puncak Pengasih di Gunung Nuang di sini, petang kelmarin.
Kejadian terbabit yang berlaku ketika hujan renyai menyebabkan mangsa tercampak dan menggelupur kesakitan sebelum pengsan dipercayai akibat cedera pada organ dalaman.
Seorang pelajar Sekolah Menengah kebangsaan Taman Tasik, Ampang, yang juga saksi kejadian, Ahmad Muhaimi Badruzaman, 14, berkata ketika kejadian berlaku kilat sabung menyabung dengan dentuman yang kuat.
Difahamkan ketika kejadian mangsa mengiringi 27 kadet Jabatan Pertahanan Awam, kadet bomba dan penyelamat dan pengakap dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik untuk ekspedisi mendaki Gunung Nuang, Sabtu lalu.
Aktiviti lasak itu turut disertai tiga kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan 14 anggota JPA3 yang mula mendaki gunung berkenaan sekitar jam 10 pagi.
Ketua Penyelamat JPA3, Leftenan Muda Shahrul Kamar Mohd Johari berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira jam 7 malam, tetapi tidak dapat bertindak cepat kerana cuaca buruk.
Menurutnya, masalah komunikasi alat telefon bimbit di atas gunung itu turut menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti lokasi kejadian serta mengetahui status keadaan mangsa yang dilaporkan kritikal.
“Kami hanya dapat memulakan pendakian sekitar jam 10 malam kelmarin bagi memulakan operasi menyelamat mangsa yang mengambil masa lima jam perjalanan melalui tujuh anak sungai dan beberapa puncak bukit.
“Bagaimanapun, kami menemui lokasi kumpulan ekspedisi terbabit sekitar jam 4 pagi. Ketika itu Ahmad Mujahid pengsan dan lemah, manakala anggota ekspedisi lain dalam keadaan keletihan,” katanya.





6 Mei 2008 at 10:47
saya ada jugak waktu kejadian tetapi cuaca ketika itu tidak lah buruk
Saiful: Saudara/saudari tanpa nama, Alhamdulillah anda selamat. Petir atau kilat tidak bergantung kepada cuaca walaupun kebiasaannya berlaku waktu cuaca buruk. Rujuk di SINI.
15 Mei 2008 at 19:50
Assalamualaikum.. Alhamdulillah semuanya sudah selamat, mangsa sudah pun diberi rawatan rapi.. saya bersyukur kerana mangsa tidak maut, waktu kejadian. Tindakan pantas walaupun cuaca buruk tetap dijalankan, saya dan anggota JPA3 berserta Abang mangsa dari Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah pun buat yang paling terbaik untuk selamatkan mangsa… Terima Kasih kerana memberi respon tentang kejadian ini.. terima kasih kepada semua yang terlibat
Saiful:
Waalaikumsalam….
Syabas kepada semua yang terlibat. Allah sajalah yang boleh balas budi baik anda semua.
Syabas skali lagi!