Dah baca berita mengenai TNB hari ini? TNB mencatatkan penurunan keuntungan sebanyak 1.47 % disebabkan kenaikan harga bahan bakar; arang batu, di mana kenaikan harga sehingga 50% dicatatkan.

TNB menyatakan bahawa kecekapan pengurusan akan ditingkatkan menerusi pelbagai langkah inisiatif bagi mengurangkan kesan daripada kenaikan kos bahan api.
Di Buletin Utama TV3 malam tadi, terdapat satu kenyataan yang amat membimbangkan aku; kemungkinan kenaikan tarif elektrik! Itupun bergantung kepada keadaan harga bahan bakar semasa dan kelulusan dari kerajaan.
Kalau dah harga elektrik naik, faham-faham je la….. Harga barang pasti akan naik.
Siapa-siapa yang berniaga, takkan nak tanggung kenaikan tu….
Siapa-siapa yang baru naik gaji, sia-sialah kenaikan tu…..
Siapa-siapa yang tak pernah naik gaji, lagilah sengsara….
Baca di sini & sini juga di sini dan fikir-fikirkan…. Atau di sini!




Mei 10, 2008, 2:48 pm
Untung ratus2 juta pun nak naik harga gak ke?
Saiful: Mmmmmm…….
Jun 5, 2008, 5:09 pm
[...] Elektrik Sah Naik! Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini di SINI, sah tarif elektrik naik bermula Julai ini. Jadi, kenyataan pak-pak menteri pada mac & april di [...]
Jun 13, 2008, 4:08 pm
[...] yang pernah saya tulis sebelum ini di SINI, sah tarif elektrik naik bermula Julai ini. Jadi, kenyataan pak-pak menteri pada mac & april di [...]
Jun 14, 2008, 5:01 pm
[...] yang pernah saya tulis sebelum ini di SINI, sah tarif elektrik naik bermula Julai ini. Jadi, kenyataan pak-pak menteri pada mac & april di [...]
Ogos 13, 2008, 9:07 pm
erm aku setuju tarif elektrik naik, xdela anak2 aku sibuk main game je
Saiful:
Anak-anak main game tu tak banyak mana guna elektrik pun….. Baik biar main game kat umah dari dorang buat “game” kat luar……