Janakuasa Hidro, Gas Elak Krisis Elektrik 2010

Sumber: Utusan Malaysia

 

Oleh JAMDI NASIR

KOTA KINABALU 12 April – Kerajaan negeri menyediakan pelan alternatif bagi mendapatkan tambahan sumber bekalan tenaga elektrik berikutan pembatalan projek Janakuasa Arang Batu bernilai RM1.3 bilion di Lahad Datu.

 

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, sumber tersebut ialah melalui pembinaan janakuasa elektrik hidro atau janakuasa gas yang lebih bersifat mesra alam berbanding janakuasa arang batu yang dirancang sebelum ini.

 

  

Gambar Hiasan: Hidro-elektrik Batang Ai, Sarawak

 

Menurut beliau, kedua-dua pelan alternatif itu telah dibincang dan dikemukakan kepada Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh untuk dipertimbangkan.

 

”Kalau boleh kita mahu melihat sumber alternatif iaitu sama ada janakuasa hidro atau janakuasa gas dan saya telah minta TNB memberi pertimbangan dalam menyelesaikan masalah ini.

”Saya percaya kita boleh bina janakuasa hidro di Liwagu (Ranau) dan Ulu Padas (Tenom) dan kita minta tolong Petronas wujudkan Pengeluar Penjana Kuasa Bebas (IPP) untuk janakuasa gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmi Mesyuarat Agung Persatuan Golf Melayu Sabah di Karambunai Resort Golf Kelab, dekat sini hari ini.

 

Beliau mengulas laporan kenyataan TNB semalam bahawa penduduk Sabah akan berdepan krisis kekurangan bekalan elektrik menjelang 2010 akibat pembatalan projek janakuasa arang batu berkuasa 300 megawatt (MW) yang diumumkan oleh kerajaan negeri minggu lalu.

 

TNB yang kesal dengan tindakan itu melahirkan kebimbangan bahawa Sabah akan berhadapan masalah kekurangan bekalan elektrik kerana tindakan segera perlu diambil bagi memastikan bekalan tenaga mencukupi untuk keperluan masa akan datang.

 

Musa pada 2 April lalu mengumumkan mesyuarat Kabinet Sabah menolak cadangan agar Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan TNB meneruskan pembinaan stesen itu di Silam, Lahad Datu kerana boleh menjejaskan alam sekitar.

 

Janakuasa itu sebelum ini dikatakan akan dibina berdekatan Lembangan Maliau, Teluk Darvel, Lembah Danum dan Ulu Segama merupakan salah satu daya tarikan penting bagi industri pelancong bagi negeri itu.

Mengulas lanjut, Musa berkata, kerajaan negeri bersedia memberikan kerjasama termasuk apa sahaja kelulusan yang berkaitan dalam membina sumber tenaga alternatif di Sabah.

15 Respons bagi “Janakuasa Hidro, Gas Elak Krisis Elektrik 2010”

  1. fizri Berkata:

    cuba tunjukkan gambar turbin kat jana kuasa hidro boleh?

    Saiful: Boleh…. Kat sini.

  2. Permintaan Gambar Turbin Janakuasa Hidro « Alat Penjimatan Elektrik Berkata:

    [...] Gambar Turbin Janakuasa Hidro Saudara Fizri pada 24-4-08 telah mengutarakan permintaan gambar turbin janakuasa hidro. Setelah menggoogle, berikut dilampirkan gambar yang telah disunting; [...]

  3. mat pit Berkata:

    boleh bgi jawapan x tntng analisis kebaikan dan kelemahan stesen janakuasa

    Saiful: Sila klik SINI untuk rujukan.

  4. zali Berkata:

    tlg nyatakan kebaikan dan keburukan stesen janakuasa gas, hidro dan stim?

  5. ila Berkata:

    saya nk wat tugasan tajuk stesen janakuasa elektrik di genting..tapi dah putus asa dah…saya nk dapat kan matlimat ini…cek blh tolong saya

  6. bnzer Berkata:

    tol 2..saye skong..jnakuase hidro mmg mesra alam..

  7. hilmi Berkata:

    saya nak tahu gambar da fungsi dengan sistem penjanakuasa hidro,solar,stim,diesel,gas dan nuklear,boleh tolong dapatkan maklumat tak sebab saya nak buat tugasan mengenai sistem kuasa

    Saiful: Cari di wikipedia @ klik sini.

  8. lyana Berkata:

    adakah janakuasa hidro mempunyai persamaan dengan janakuasa nuklear. Jika terdapat perbezaan apakah cara fungsiannya dan boleh tunjuk gambar janakuasa nuklear tersebut?

    Saiful:

    Persamaan
    - Kedua-duanya menjana elektrik
    Perbezaan
    - Janakuasa hidro, air yang diempang dialirkan melalui terowong lalu menggerakkan janakuasa untuk menjana elektrik.
    - Janakuasa nuklear (biasanya orang kata, bukan saya kata, orang kata; tenaga nuklear), adalah satu proses penguraian terkawal, biasanya uranium atau plutonium, contoh; di mana haba yang terhasil dari proses ini akan di pindahkan kepada medium lain, yang akan menggerakkan penjana lalu menghasilkan elektrik.
    Insya-Allah tulisan akan datang saya akan huraikan lebih lanjut siap ngan gambar sekali.

  9. mael Berkata:

    sy ingin tau bagaimana sistem janakuasa elektrik berfungsi..
    kalau boleh sy mahukan dalam bahasa penerangan dalam bahasa malaysia

  10. imprezavs9 Berkata:

    boleh x berikan kegunaan sistem janakuasa???gambar2??

  11. zaem Berkata:

    sy ign mngetahui dgn lbh mndlm ttg stsen janakuasa stim di dunia

  12. syakoro Berkata:

    hhmm.sy nk mklum smua tntng janakuasa gas leh x..huhu
    sy mw mngetahui dgn lbih mndalam ag tntng stesen janakuasa gas d dunia..huhu
    klo bley kirim ja mklumat 2 kat e-mail sy ja..huhu

  13. Tanpa nama Berkata:

    sesiapa ade maklumat mengenai janakuasa elektrik segari,lumut perak..blh bgtau sy x??

  14. rafidah Berkata:

    sesiapa boleh bagi tahu saya tentang janakuasa,kerana

  15. muhammad syazwan Berkata:

    tlg bg kebaikan n keburukan sistem hidro,pengenalan die n semua yg berkaitan…

Tinggalkan jawapan