Tarif Elektrik Kekal

Sumber: Utusan Online

PUTRAJAYA 25 Mac – Kerajaan akan mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada selagi harga minyak dan gas tidak berubah, kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

shaziman mansor

Beliau berkata, apa yang penting bagi kementerian sekarang ialah memastikan keberkesanan penggunaan elektrik.

“Ini yang akan kita perkenalkan iaitu bagaimana menguruskan permintaan bekalan elektrik dan meningkatkan keberkesanan penggunaan elektrik,” katanya.

Shaziman bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan tugas oleh bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik kepada beliau di kementerian itu di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa harga bahan api dan gas sedia ada dikekalkan.

5 Respons bagi “Tarif Elektrik Kekal”

  1. Bzzzz.... Berkata:

    Ooooo…. Jadi kalau harga minyak & gas tak berubah la….. Kalau harga minyak & gas naik, apa macam?

    xpvsvista: Tu la dia, naik la kot…
    Emmm…. kalau nak berjimat, boleh aje..

  2. minyak tanah Berkata:

    La… kalau rega letrik naik, kita pakat2 la guna letrik dari enjin keta memasing…..

    xpvsvista: Rugi guna keta, petrol mahal oooo… Baik kita cari keretapi stim yg dah tak guna,boleh guna arang/kayu api, jimat skit…

  3. Menteri kata tarif tak naik Berkata:

    [...] Buletin Utama TV3 malam tadi, terdapat satu kenyataan yang amat membimbangkan aku; kemungkinan kenaikan tarif elektrik! Itupun bergantung kepada keadaan harga bahan bakar semasa dan kelulusan dari [...]

  4. Tarif Elektrik Sah Naik! « Alat Penjimatan Elektrik Berkata:

    [...] sah tarif elektrik naik bermula Julai ini. Jadi, kenyataan pak-pak menteri pada mac & april di SINI memang omong-omong [...]

  5. Setuju tarif elektrik disemak semula - malaysiakini « Alat Penjimatan Elektrik Berkata:

    [...] 34.5 sen/kWj. Diambil dari Topengperak_Xinwugi® P/S: Hmmmm…. Boleh percaya ke? Dulu kata tak naik tarif, naik gak… Sekarang kata nak turunkan? Hmmmmm…… P/P/S: Tak menafikan [...]

Tinggalkan jawapan