Cara Menjimatkan Bil Elektrik Dengan Cara Ringkas,
Mudah, Selamat & Berkesan
Menggunakan Kaedah Power Factor!
Kaedah Penjimatan Bil Elektrik Yang Disyorkan Oleh Suruhanjaya Tenaga!
Kini anda boleh memulakan penjimatan Bil Elektrik anda setiap bulan.
Jangan ubahsuai atau korbankan keselesaan anda!
Mudah, Sah, Selamat!
Plug dan On Sahaja….
Dilindungi oleh “1 Million Product Liability Insurance”
Menjimatkan sehingga lebih 30% bil elektrik
Mudah dipasang; sama seperti perkakas elektrik lain, hanya plug-in pada soket kuasa sedia ada
Tidak perlu penyelenggaraan
Selamat & bertindak sebagai penstabil elektrik
Ketahanan produk sehingga 5 tahun
Jaminan setahun. Kad Jaminan disertakan
Telah diuji oleh SIRIM
Mendapat pengiktirafan CE untuk model yang sama bagi pasaran di Eropah
Produk eksport, kini dipromosi di pasaran Malaysia
Telah digunapakai & diuji lebih 7 tahun
Jaminan Wang Dikembalikan 30 45 hari 6 bulan jika bil anda tiada apa-apa pengurangan
Sesuai digunakan untuk rumah, apartment, kondominium, flat, banglo, pejabat, restoran, bengkel, kilang SME dan rumah ibadat.
RM 250.00
HARGA DI PASARAN
RM 199.00
HARGA TAWARAN SEKARANG!
Penghantaran & Khidmat Nasihat Percuma
Untuk Keterangan lanjut,sila hubungi:
E-Mel: saiful.jhr@gmail.com
H/P: 019-283 8782 / 017-229 2848
Terdapat Dalam 3 Model
MS 88 – Untuk Bil TNB RM 30.00 – RM 90.00
MS 188 – Untuk Bil TNB RM 90.00 – RM 360.00
MS 388 – Untuk Bil TNB RM 361 – RM 820.00







31 Mei 2007 at 14:18
So what is it all about? Power Factor?
7 Jun 2007 at 23:17
“Servis yang cekap, hari ni saya tempah, esok dah dapat melalui Courier. Semuanya dalam keadaan baik. Pemasangannya mudah. Cuma plug saja di soket (power point). Bil elektrik saya dah berkurang dari RM120 ke RM90 sahaja. Saya dah perkenalkan alat ini pada kawan-kawan dan saudara mara. Mereka semua suka alat ni sangat-sangat!”
En. Noredwan (Johor)
7 Jun 2007 at 23:28
Memang diakui segenap lapisan masyarakat yang melalui kenaikan
tariff elektrik, harga petrol, tepung dan minyak masak baru-baru ini
sedikit sebanyak membebankan mereka. Bukan sahaja
bil elektrik rumah sahaja, malah tauke kedai mamak yg
tebar roti canai sekalipun dah mula guna alasan
kenaikan tariff elektrik punca mereka naikkan harga
air teh tarik, apatah lagi dengan kenaikan harga bahan mentah
baru-baru ini. Mana taknya, pemanas air kat kedai tu
pun guna eletrik. Itu belum masuk kedai-kedai runcit,
syarikat-syarikat, kilang-kilang dsb.
Jadi, untuk memudah dan melegakan perasaan anda,
ada satu cara bagaimana anda boleh berjimat, bermula dengan bil
elektrik yang tinggi di rumah anda sendiri.
Cuma guna satu alat yg bernama
POWER SAVER ini! Kilang anggarkan penjimatan antara 10 hingga 20%, penggunaan sebenar menunjukkan penjimatan sehingga 30%!
8 Jun 2007 at 23:45
Cara Penjimatan Yang Sebenarnya.
Jangan paksa diri jika anda sukar untuk memahami penerangan ini kerana ia untuk tujuan pembuktian secara teknikal sahaja!
Untuk memahami apa itu Power Factor, andaikan seekor kuda yang sedang menarik sebuah keretapi di atas landasan. Kuda tersebut hanya boleh menarik keretapi tersebut dari sisi landasan sahaja kerana kuda tidak dapat bergerak lebih pantas di atas landasan. Ini bermakna kuda tersebut sedang menggunakan tenaganya yang dikenali sebagai ‘total (apparent) power’ untuk menarik keretapi tersebut. Tenaga yang digunakan oleh keretapi untuk bergerak di atas landasan pula dikenali sebagai ‘working (real) power’.
Oleh kerana kedudukan kuda tersebut semasa menarik adalah berada di sisi keretapi, maka tidak semua tenaga kuda dapat dioptimumkan, walaupun hakikatnya kuda tersebut telah menggunakan seluruh tenaganya!. Oleh itu pembaziran tenaga kuda berlaku dan pembaziran tersebut adalah ‘nonworking (reactive) power’.
Kedudukan iaitu sudut dimana kuda tersebut berada semasa menarik keretapi tersebut adalah dipanggil Power Factor, dimana ia adalah nisbah antara ‘working (real) power’ dan ‘total (apparent) power’. Formulanya adalah seperti berikut:
Power Factor = Working (Real) Power / Total (Apparent) Power
Sebenarnya semakin hampir kuda tersebut dengan landasan, maka semakin banyaklah tenaga yang dapat digunakan untuk menarik keretapi tersebut. Dengan kata lain semakin kuranglah pembaziran tenaga kuda tersebut.
Oleh yang demikian nilai ‘working (real) power’ tadi akan semakin menyamai dengan ‘total (apparent) power’. Jadi, semakin lama nilai nisbah antara keduanya akan menghampiri kepada 1. Apabila Power Factor menghampiri 1, maka ‘reactive (nonworking) power’ akan menghampiri kepada 0. Ini bermakna tiada pembaziran langsung pada tenaga kuda tersebut!
Contoh perkiraan Power Factor.
Dalam satu ujikaji nilai berikut di ambil contoh:
Real Power = 100 kW, Apparent Power = 142 kVA, Reactive Power= 100 kVAR
Real power adalah nilai tenaga yang dikira di dalam bil penggunaan semasa.
Power Factor = 100 / 142
= 0.70 atau 70%
Sebanyak 70% tenaga elektrik yang digunakan di rumah/premis anda. 30% lagi tidak digunakan(pembaziran)!
Melalui Penggunaan Teknologi Power Saver;
Penambahan tenaga sebanyak 67kVAR (pengurangan Reactive Power) dilakukan menggunakan kapasitor di dalam Power Saver ini, maka Apparent Power telah dikurangkan daripada 142 kVA kepada 105kVA,(seolah-olah kuda berada paling dekat dengan landasan) maka nilai Power Factor kini adalah:
Power Factor = 100 / 105
= 0.95 atau 95%
Hasilnya 95% tenaga elektrik yang anda terima digunakan secara optimum di rumah/premis anda Ini bermakna tenaga yang diterima semakin kurang pembaziran – semakin jimat!. Hanya 5% pembaziran.
17 Jun 2007 at 14:31
apakah rahsianya? diluluskan oleh sirim. maknanya ok kot.
17 Jun 2007 at 16:33
Takde rahsia, ianya adalah kapasitor yang diperlukan untuk memperbaiki faktor kuasa, sila baca komen di atas (June 8th by xpvsvista). Alat ini tidak dalam kawalan SIRIM mahupun Suruhanjaya Tenaga. Walaubagaimanapun, alat ini telah dihantar kepada SIRIM dan dibuat ujian. Telah digunakan dan melalui ujian di kilang selama 7 tahun. Lagipun apa nak risau, jaminan produk 1 tahun, lepas tu, ada jaminan wang dikembalikan lak kalau tak jimat. Ketahanan produk sehingga 5 tahun.
Kalau bil RM 100.00 sebulan, sebulan kata la jimat 30%, dah jimat RM 30.00 sebulan bersamaan RM 1600.00 untuk 5 tahun setelah ditolak kos benda ni.
18 Jun 2007 at 18:56
Kedai saya menerima bekalan 3 phase dari TNB. Macam mana nak pasang alat tu?
19 Jun 2007 at 10:59
confuse skit.. camne penambahan 67kW boleh kurangkan 142kVA kpd 105kVA?
19 Jun 2007 at 13:49
Untuk pengguna bekalan 3 phase, perlu guna 3 unit, 1 untuk setiap phase. Perlu khidmat nasihat pakar elektrik!
Biasanya saya “rekomen” pasang 3 soket outlet di bawah DB satu phase setiap satu.
19 Jun 2007 at 19:44
Saudara ‘afizart’,
Terlebih dahulu saya memohon maaf atas kesilapan penerangan pada June 8th, 2007 (di atas). 67 sepatutnya dibaca sebagai 67 kVAR dan bukan kW.
Di mana pada asalnya kita ada 100 kVAR, dengan pemasangan Power Saver hanya
33 kVAR yang tinggal, maksudnya kita telah mengurangkan Reactive Power (Non-working Power).
17 Disember 2007 at 22:05
biasanya power factor bagi rumah2 adalah hampir 0.95 i.e. ver low var . macamana dikatakan boleh kurang var ..or berapa var pada kebanyakan rumah2 secara general. adatak pernah berlaku resonance i.e. over voltage mungkin meneyebabkan capcitor akan meletup..pernah test tak ni?
TK
xpvsvista: Sepengetahuan saya pun power factor bagi rumah2 memang hampir 0.95, tetapi, peralatan elektrik yg kita guna, cth: air-cond, tidak secekap yg dijangka. Di sinilah tugas sebenar kapasitor. Berkenaan over voltage, alat ini dilindungi fius pada plug top, jadi tidak timbul masalah capasitor meletup, lagi pula sepatutnya kotak fius agihan memberi perlindungan secukupnya sebelum bekalan sampai ke soket alur keluar. Pengalaman saya, kes2 over voltage yg menyebabkan kerosakan peralatan, terjadi apabila apabila terjadi sambaran kilat dan di mana kotak fius agihan tidak diselenggara dan berfungsi dengan baik.
Bekalan dari TNB pula selalunya under voltage.
Ini hanyalah pengalam saya selama bekerja di bidang elektrik.
12 Januari 2008 at 03:54
Glamour Photography Agency
hey great stuff
26 Januari 2008 at 21:41
Ada penghantaran ke rumah ke? Bayar cash ke utang?
xpvsvista: Kawasan KL saya hantar, boleh cash on delivery.
Luar KL saya hantar cara pos laju. Hu…hu…hu…utang tidak dibenarkan….
1 Februari 2008 at 11:25
[...] Alat Regulator kecekapan tenaga berfungsi menghapuskan tenaga reaktif dan sekali gus meningkatkan PF mendekati 1.0 (tahap sempurna). Majoriti pengguna menggunakan tenaga elektrik untuk menjalankan peralatan yang bersifat induktif dalam jangka masa panjang seperti lampu kalimantang, kipas, pendingin hawa, peti sejuk dan pam. (Sila lawati website http://www.wikipedia.com) (Boleh juga rujuk di SINI) [...]
13 Februari 2008 at 20:07
johor ada tak
xpvsvista: Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia dengan POS LAJU..
19 Mac 2008 at 17:08
[...] Rizab tenaga elektrik ialah tenaga simpanan yang tidak digunakan, tetapi dihasilkan bagi menampung k… [...]
21 Mac 2008 at 10:34
[...] (Boleh juga rujuk di SINI) [...]
26 Mac 2008 at 10:32
[...] Beliau berkata, apa yang penting bagi kementerian sekarang ialah memastikan keberkesanan penggunaan elektrik. [...]
31 Mac 2008 at 16:09
[...] Rizab tenaga elektrik ialah tenaga simpanan yang tidak digunakan, tetapi dihasilkan bagi menampung k… [...]
5 Mei 2008 at 16:09
Saya ada guna alat ni tahun2007 tapi tak berkesan. Ia dipasang oleh supplier. Apa masalahnya dan kenapa ia tidak berkesan di sesetengah tempat?
Saiful:
Terima kasih kerana mengajukan soalan. Saya akan cuba
jawab mengikut pengalaman saya jual benda ni,
tapi saya kena tanya beberapa soalan;
1. Berapa bil saudara sebulan? Bekalan elektrik saudara 1 atau 3 fasa?
Alat ini ada 3 model,
Untuk bekalan satu fasa
a) MS88 untuk bil RM 50 – 70 sebulan,
b) MS188 untuk bil RM 70 – 300 sebulan
c) MS388 untuk bil RM 300 – 600 sebulan
Untuk bekalan 3 fasa (perlu pasang 3 unit)
a) MS188 X 3 unit untuk bil RM 197 – RM 600 sebulan
b) MS388 X 3 unit untuk bil RM 450 – RM 1900 sebulan
2. Alat tersebut perlu dipasang paling hampir dengan DB.
3. Penjimatan paling efektif adalah untuk beban induktif iaitu
alat-alat bermotor seperti aircond, peti sejuk, kipas angin,
mesin basuh dan sebagainya termasuk lampu fluroscent.
Alat-alat yang menggunakan konsep pemanasan (heating) seperti ketuhar,
cerek elektrik, sterika, shower dan lain-lain adalah tidak efektif.
Sehingga kini, belum ada teknologi alat penjimatan yang boleh
menjimatkan penggunaan alat-alat pemanasan (heating).
Sekiranya saudara pasang alat ini di rumah yg sekurang-kurangnya ada
peti sejuk / mesin basuh, sepatutnya boleh jimat.
4. Penjualan alat ini adalah disertakan dengan Jaminan Wang Dikembalikan
30 60 hari*6 bulanjika bil anda tiada apa-apa pengurangan! Bukan 30 hari atau 60 hari tapi 6 bulan! Dan juga jaminan
pertukaran 1 by 1 jika didapati alat rosak dalam masa setahun.
Jadi, saudara perlu jumpa / panggil semula supplier tersebut, kemungkinan alat tersebut rosak?
Atau jika alat tersebut tak rosak, saudara berhak dapat jaminan pengembalian wang bergantung
kepada syarat2 yang ditetapkan. Jika perkara 1 – 3 adalah betul, agak mustahil untuk saudara tidak
dapat penjimatan.
Maksud saudara di sesetengah tempat tu apa ya?
Sekian serba sedikit penjelasan dari saya. Kalau ada apa2 persoalan,
jangan malu2 untuk tanya saya lagi…
11 Mei 2008 at 02:10
[...] itu disasarkan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk bandar raya pulau itu mengenai penjimatan tenaga, dan memupuk gaya hidup yang menggunakan tenaga elektirk secara efisien dalam kehidupan harian [...]
5 Jun 2008 at 11:18
kaw. bangi hantar ke tidak
Saiful: Hantar guna pos laju. Atau saudara boleh dapatkan secara terus di Galaxy Ampang Shopping Centre, Taman Dagang, Ampang.
13 Julai 2008 at 01:53
ni nak tanya lagi ni… jangan marah aaa…
Saiful: Ish…. tak marah ler…..
tengok dalam bil, rumah saya pakai karan kira2 270 hingga 390 KWH. bil kira2 rm65 hingga rm100. jenis power saver yg mana sesuai?
Saiful: Kalau bil macam ni, elok guna model 188.
saya sekarang ni memang ada pakai 1 aircond, tapi on dari jam 8 malam hingga 7 pagi.
agak2 berapa boleh jimat?
Saiful: Penjimatan berbeza dari seseorang pengguna ke pengguna lain. Lebih banyak bil korang, lagi banyak ler boleh jimat. Contoh macam rumah saya, (KLIK SINI), saya jimat RM7 atau 18% sebulan. Peralatan utama yg ‘makan’ elektrik kat rumah saya ialah peti ais, kipas angin (2) dan mesin basuh.
mem besar banyak soal laaa. sebab tu la saya tanya awak.
Saiful: Bro, dari pengalaman saya, selalunya org lelaki yang agak skeptikal dengan benda ni, jadi, kalau mem yang banyak songeh, bermaksud, hmmm….. beliau memang dah advance & sukar termakan pujuk rayu salesman! Tahniah bro! (Ini satu pujian ikhlas dari saya)
28 Ogos 2008 at 18:22
Saya telah berpindah, boleh terangkan bagaimana hendak memasangnya semula( penyambungan ke DB)
Saiful:
Jika anda menggunakan MiniSun Power Saver, rasanya tiada masalah jika berpindah rumah. Cuma tanggalkan palam (plugtop) power saver dari soket kuasa dan pasangkan di soket kuasa rumah baru.
Alat yg disambung terus ke DB (mungkin jenama lain), kalau nak bawa benda tu pindah:
Untuk amatur;
1. Offkan suis utama. Lagi baik, tanggalkan fius cut-out (dekat meter).
2. Gunakan testpen, pastikan tiada bekalan lagi. Lagi baik, periksa guna volt meter.
3. Tanggalkan wayar alat tu (satu live & satu neutral) dari tempat ia disambung. Pastikan kedua-dua wayar tu tak bersentuh (mungkin ada sisa cas dari kapasitor).
4. Ketatkan semula skru2 yang dilonggarkan untuk mengeluarkan wayar tadi.
5. Onkan semula suis utama dan pasang semula fius.
6. Untuk pasang di rumah baru, ulang langkah 1 hingga 5 (langkah 3 & 4 lakukan sebaliknya).
1 September 2008 at 16:59
boleh tak beli dgn menggunakan Maybank2u??
Saiful:
Boleh…..
Berikut senarai “bank-bank2u” yg saya ada.
Maybank
CIMB
RHB
21 September 2008 at 00:45
Alat penjimatan ni memang ramai dah akui keberkesanannya.
Lebih-lebih lagi sejak tarif elektrik naik 1 Julai lepas.
8 Oktober 2008 at 21:44
jika sy membuat plug baru di bawah DB box,teteapi di ambil dari fius 16A yg baru,adakah dikira plug yg paling hampir???
Saiful:
Ya betul……!
19 Oktober 2008 at 18:58
Dimanakah saya nak dapatkan di Sabah, Beritahu kontek, nama dan kedai, serta kawasan mana?. I nak beli .
21 November 2008 at 02:24
Greetings…
God love google, great site. Take care….
3 Februari 2009 at 04:52
ade lagi ke stok?
Saiful:
Ada…..
16 Mac 2009 at 21:43
Great info!
25 Mac 2009 at 20:10
nak buat business macamana
Saiful:
Nak bisnes apa ye…..?
4 Mei 2009 at 15:50
sallam…nak tanya..
saya ada bukak mini cc. kemputer ada 11 bijik. aircond 1hp 1 bijik. petiais medium 1 bijik. model aper yg sesuai saya guna???…
4 Mei 2009 at 23:09
Saiful:
Berapa bil sebulan?
24 Mei 2009 at 12:35
Kalau bil RM500, nak turunkan sehingga RM100perlukah guna MS188 @ MS388 tu?Berkesan ke?Atau dengan menggunakan kesemua alat power saver yang awak jual tu??????
Saiful:
Bil RM 500.00, bekalan satu fasa, guna model 388 satu (1) unit sahaja.
Penjimatan sehingga 30%, bermaksud boleh jimat sehingga RM 150.00.
13 Jun 2009 at 13:33
sya nak pakai di rumah saya…boleh encik call saya 016 526 8731….saiful.
Saiful:
Berapa RM bil sebulan?
18 Julai 2009 at 17:52
kalau saya convert dari 1 fasa ke 3 fasa adakan amaun bil akan berkurangan?
apa beza produk ini dengan produk lain yang mana ada satu produk tu tiada wire ( moulded dengan 3 pin). Kelebihan yg sy nampak mungkin lebih kemas. Tolong komen skit.
Saiful:
1. Bil tidak berubah.
2.
a) Pengilang berbeza
b) Yang ada wire tu dah berada di pasaran sejak 2001, terjual di seluruh dunia.
c) Dilengkapi fius pada palam (plug top).
d) Lebih murah
e) Yang ni pendapat saya la…. yg ada wire tu lebih besar, kemungkinan besar lebih bertahan dari segi haba/panas.
f) Yg ada wire tu pun boleh nampak kemas kalau kena cara pasangnya.
22 Julai 2009 at 09:16
Salam,
Bila guna alat ni, total Amp dia boleh berkurang ke?
Saiful:
Wassalam…
Betul tu, real-time…
Simulasi boleh dilakukan menggunakan clamp meter.
23 Julai 2009 at 23:43
Anak saudara saya bagi saya 4 unit mini sun power saving model ms388.
sebab dia pindah kerja ke Medan Indonesia, harga nya RM199 satu ,sapa2 nak beli email saya
adusiidris@yahoo.com.my
dia bagi saya free satu, saya baru pasang kat rumah saya ni, ada 4 unit lagi tak tahu nak buat apa…sapa2 berminat hubungi saya…..
dalam kotak lagi, masih baru. harganya satu RM199.00 sahaja…
wasallam
ADUSI-PAHANG
26 Julai 2009 at 23:44
Kalau ada mereka2 berminat,sila hubungi pak cik, pakcik nak jual.
6 Ogos 2009 at 19:58
Salam Pak cik Nusi,
Kalau rm 1**.00 boleh tak? ana ambil semuanya…. nanti kasi contact phone ya.
8 Ogos 2009 at 12:44
W’salam Ana KT,
3 Biji org dah beli minggu lepas, ada satu lagi dah ada org booking tapi dia tak kasi duit lagi.kalau dia tak jadi boleh lah kasi ana…tapi tak janji tau…benda ni aank saudara yg jual, tapi dia ke indo urusan kerja dia..dia bagi pak cik 4 biji.
kalau ada rezeki adalah ok
wasallam
9 Ogos 2009 at 21:48
To ana KT,
Tak ada rezeki ana, satu ni MS388 macam dah rosak tak nyala dia punya lampu yg merah tu….tak berani nak kasi org.
takut takut tak menjadi… simpanlah nampak gayanya…ingat nak suruh org baiki tgk ada apa kat dalam, mana tahu kot2 boleh repair
wasallam
27 Ogos 2009 at 17:31
saya dari brunei ingin mendapatkan barang/alat penjimatan ini di Brunei.minta kontek atau kedai yang menjual alat ini di brunei. terima kasih
Saiful:
Maaf, saya tiada maklumat tersebut.
11 September 2009 at 08:36
Salam,
Berminat jugak nak beli.
Rumah saya guna 3 phase. Ada 4 aircond (on 7 jam sehari). Bil Dalam RM200-RM300 sebulan.
Soalan:
1. Berapa saya dapat jimat?
2. Bawah DB takde tempat nak cucuk plug (soket ke namanya), so kena pasang soket la?
3. Berapa biji power saver saya kena beli?
4. Kalau lebih satu tarak diskaun ke bro?
Aycu,
Bentong,Pahang
Saiful:
1. Anggaran penjimatan: RM 20 – 30.
2. Ya, betul….
3. 3 Biji, satu phase satu unit.
4. Boleh dibincangkan….